Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan Serena 2023 Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia..

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nissan melancarkan model generasi keenam, Nissan Serena 2023 yang kini dipadankan dengan trenkuasa hibrid baharu.

Sebaliknya, ia bukan dilancar di Malaysia tetapi di Jepun. MPV lapan-tempat duduk ini dijual pada harga berbeza mengikut variannya.

Selain mengekalkan nadi hibrid ringan 2.0 liter MR20DD S-Hybrid (150 hp/200 Nm), ia kini menawarkan trenkuasa e-Power.

Untuk itu, model hibrid, ia mampu menjana kuasa  150 hp dan 200 Nm, manakala e-Power pula 98 hp and 123 Nm.

Begitupun,  model e-Power yang digandingkan dengan motor elektrik dikatakan mampu menghamburkan kuasa keseluruhan 163 hp dan 315 Nm.

Menjengah bahagian hadapannya, ia kelihatan agak canggih dan moden kerana lampu hadapannya diserlahkan dengan reka bentuk gril berbentuk V-Motion.

Apa yang menarik, ia menawarkan cermin hadapan yang agak lebar sekali gus menawarkan pemanduan yang cukup sempurna.

Selain itu, pintu gelangsar sisi p didatangkan dengan ciri bukaan bebas tangan manakala bahagian butnya boleh dibuka hanya dengan kaki sahaja kerana ia dilengkapi dengan kick sensor.



Menjengah bahagian dalam, MPV ini dilihat cukup luas kerana mampu memuatkan tujuh atau lapan orang.

Apa yang pasti, pemandunya tidak perlu risau jika membawa kanak-kanak yang suka makan dan minum dalam kenderaan.

Ini kerana kesemua tempat duduknya adalah kalis air. Maka, mudahlah buat si ibu membersihkan kereta suami mereka dengan pantas.


Kelengkapan lain yang terdapat pada jentera ini ialah ruang meletakkan peranti pintar pada setiap tempat duduk, slot pengecasan USB, sokongan Wi-Fi dan terdapat sistem pendingin hawa yang menampilkan ciri pra-penyejukan kabin.

Sebelum terlupa, penulis ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa jentera ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ProPILOT 2.0 dimana ia membolehkan pemanduan bebas tangan di lorong tunggal lebuh raya pada kelajuan 40 km/j ke atas.


Datang kepada harganya, Nissan Serena 2023 ditawarkan pada harga bermula dari 2,768,700 yen (RM90,146) untuk versi petrol lapan tempat duduk, dan mampu mencecah sehingga 4,798,100 yen (RM156,337) untuk versi e-Power Luxion dengan tujuh tempat duduk.

Apa pandangan anda mengenai Nissan Serena 2023 ini?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Tag:

NissanSerena
Nissan e-POWER Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!

Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!

27-12-2022
Berita Auto

Kereta Disambar Api, Mujur Tiada Yang Rentung

Sebuah kereta jenis Nissan Serena tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di Segambut Dalam, Kuala Lumpur semalam.

04-10-2022
EV

Nama Pun Power, Mesti Power Habis

Pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, menampilkan e-POWER.

21-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026