Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Acara Ford Inner Circle Pertama M’sia Anjuran Sime Darby Auto ConneXion Khas Buat Pelanggan Ranger!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), baru-baru ini telah mengadakan acara Ford Inner Circle yang bertemakan Krismas buat pertama kalinya di Malaysia. Acara yang berlangsung di bilik pameran flagship Ford di Sime Darby Motors City di Ara Damansara itu  diadakan untuk meraikan pelanggan Ranger generasi baharu. 




Menurut SDAC, “Kami sangat berterima kasih kepada semua pelanggan setia atas kepercayaan yang berterusan, yang telah menyebabkan kami wujudkan Ford Inner Circle. Hasrat kami adalah untuk memberikan layanan yang lebih baik melalui pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh. 


Semua pelanggan Ranger, Raptor dan Everest generasi baharu akan dimasukkan secara automatik ke dalam lingkungan (Ford Inner Circle) ini dan akan menerima kelebihan eksklusif sebagai tambahan kepada sesi latihan mendalam untuk mengenali kenderaan mereka dengan lebih baik.”


Ford Inner Circle




Diwujudkan khas untuk pasaran Malaysia, Ford Inner Circle merupakan sebuah platform berasaskan komuniti yang diwujudkan SDAC untuk memberikan kelebihan kepada  pelanggan Ranger, Raptor dan Everest generasi baharu, antara kelebihannya adalah: 

  • Akses kepada sesi penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford di seluruh negara.

  • Potongan harga 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways yang pertama.

  • Jemputan ke acara VIP dan acara eksklusif yang lain.


Sesi penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford memberi peluang kepada para pelanggan untuk menguasai kelengkapan berteknologi tinggi dan pelbagai ciri pintar lain supaya pelanggan dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang terdapat pada kenderaan masing-masing.

Ford Ranger Getaways


Sebagai ahli Ford Inner Circle, nikmati potongan harga 30 peratus untuk penyertaan aktiviti Ford Ranger Getaways yang pertama.

Ford Ranger Getaways meliputi pelbagai kategori minat untuk pelanggan daripada semua peringkat yang inginkan kembara pendek setempat, sama ada secara bersendiri, bersama keluarga / rakan-rakan atau mereka yang berkongsi minat yang sama. 

Contoh aktiviti Ford Ranger Getaways:

  • Cabaran off-road

  • Jelajah cari makan

  • Juruterbang dalam sehari mengelilingi KLCC

  • Pemanduan off-road berjadual di M4TREC 


Sertai Ford Ranger Getaways




Senarai lengkap aktiviti Ford Ranger Getaways dari bulan Januari hingga Jun 2023 boleh dilihat di  platform e-dagang SDAC-Ford. Melalui platform tersebut, pelanggan boleh memilih kembara Ford Ranger Getaways yang diinginkan dan tarikh yang sesuai.


Untuk lebih maklumat tentang Ford Inner Circle, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di FacebookInstagramTwitter dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Majlis Pecah Tanah Pusat 3S Ford Di Pulau Pinang

Tag:

Ford Ranger
Ford
SDAC
Ford Malaysia
Ford Raptor
Ford Everest
Ford Ranger Raptor
Ford Inner Circle
Ford Inner Circle Event
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Berita Auto

Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.

24-02-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026