Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(1).jpg

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan Ford Ranger edisi terhad dalam masa terdekat ini manakala tempahannya  akan dibuka pada 30 Mei 2024.

Di sebalik pengumuman ini, kami dapat mengandaikan bahawa SDAC akan membawa masuk Ford Ranger Stormtrak memandangkan Stormtrak ini sudah pun dilancarkan di negara jira kita, Thailand.

Ada juga yang mengatakan bahawa Stormtrak merupakan salah satu varian yang cukup istimewa kerana disesuaikan dengan gaya hidup.

image.png

Apapun, SDAC mengambil sikap mendiamkan diri dan masih belum mendedahkan model edisi terhad itu dan semuanya akan terjawab pada hujung bulan nanti.

Begitupun, orang ramai boleh menyaksikan sendiri jentera itu yang akan dipamerkan di pusat beli-belah One Utama Luxe, New Wing bermula dari 30 Mei hingga 2 Jun nanti.

Lebih menarik, para pelanggan dan peminat Ford juga diberi peluang untuk merasai pemanduan uji Ford Ranger edisi terhad ini termasuk rangkaian k Ranger dan Everest lain.

Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran untuk acara ini dengan melayari www.sdacford.com.my.

Difahamkan, sebagai model edisi terhad, pelanggan yang membuat tempahan di dalam talian akan menerima jaket pengadang angin Ford Ranger edisi terhad percuma semasa penyerahan kenderaan.

Bagaimanapun, tempahan hanya dibuka di dalam talian mulai 30 Mei 2024 di https://shop.sdacford.com.my/vehicle/.


Gallery

Tag:

Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
Ford Ranger
Ford
stormtrak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Gaya Hidup
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.

26-02-2024
Berita Auto
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.

06-12-2023
Pandu Uji
Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.

18-11-2023
Berita Auto
Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion secara rasminya memperkenalkan dua model Ford bahar ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-11-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026