Link Copiedcheck_circle
EV

EV Hilux Bakal Muncul? Ini Dia Toyota Hilux Revo BEV Concept Yang Didedahkan Di Thailand!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sempena ulang tahun ke-60 operasi Toyota Motor Thailand (TMT), syarikat tersebut telah mempertontonkan kereta konsep elektrik HiLux, HiLux Revo BEV. 


Trak konsep ini telah dipersembahkan di atas pentas oleh Presiden dan CEO Toyota Motor Corporation sendiri, Akio Toyoda. Beliau mendedahkan bahawa trak elektrik ini kini sedang dibangunkan di Thailand, pasaran di mana Hilux merupakan model terlaris di negara itu. 




Dari segi reka bentuk, trak yang dipamerkan jelas direka berdasarkan trak versi enjin pembakaran Hilux varian single-cab namun dengan sedikit perbezaan sebagai sebuah EV seperti gril yang lebih rapat serta port pengecas pada fender hadapan di sebelah kiri.


TMT turut mendedahkan bahawa casis model EV ini telah diubah agar dapat memuatkan trenkuasa elektrik. Namun begitu, spesifikasi teknikal lain trak konsep ini, termasuklah saiz dan jenis bateri, jarak perjalanan serta output kuasanya masih belum dikongsikan. 




Bilakah model ini akan memasuki fasa pengeluaran? Ini juga masih belum diketahui. 


Mengulas sama ada model konsep ini menjadi petanda masa depan elektrik penuh Hilux, Toyoda menjawab, “BEV bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat dunia bebas karbon. Secara peribadi, saya memilih untuk mencuba semua pilihan, bukan hanya satu seperti penggunaan bahan api sintetik bebas emisi dan hidrogen."




Eksekutif tersebut turut berkongsi kepercayaanya bahawa TMT perlu mengambil pendekatan holistik dalam usaha ke arah neutraliti karbon. Ini merangkumi cara syarikat itu mendapatkan bahan, mengeluarkan kenderaan, apa yang menjana kuasa kenderaan, serta cara kenderaan dilupuskan.

Tag:

Toyota Hilux Revo BEV Concept
electric Hilux
Kereta Konsep
trak konsep
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-03-2024
EV

09-08-2023
EV

15-12-2022
EV

15-12-2022

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026