Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-3.jpg


Di saat pengeluar kenderaan Jepun lain sedang sibuk membuat persiapan untuk Japan Mobility Show 2025 (JMS 2025) yang bakal tiba tidak lama lagi, Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa. Tampil sporty dan agresif, Toyota Camry GT-S Concept, bakal muncul sebagai ‘hero’ di acara automotif negara itu di SEMA Show 2025 akan datang!


Sentuhan Agresif CALTY Design


Toyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-9.jpgToyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-8.jpgToyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-6.jpgToyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-7.jpg


Camry GT-S Concept ini merupakan hasil rekaan studio CALTY Design Research Toyota di California. Model konsep ini disifatkan sebagai "hero berprestasi tinggi dalam barisan model Camry," yang tampil dengan kit badan berinspirasikan perlumbaan dengan beberapa pengubahsuaian pada casis.


Toyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-2.jpg


Kit badan yang direka khas ini menampilkan pemisah hadapan (front splitter) yang lebih tajam, dipadankan dengan skirt sisi serta sambungan bampar belakang. Tidak cukup dengan itu, GT-S Concept turut dilengkapi spoiler belakang gaya 'ducktail' yang menawan dan rim baharu bersaiz 20 inci.


Penampilannya diserikan lagi dengan kemasan dua tona warna Inferno Flare (jingga) yang terang, kontra dengan aksen hitam di bahagian bonet, bumbung, rim dan bahagian luaran lain, menjadikan sedan ini kelihatan garang dan 'hangat'.


Naik Taraf Casis & Brek: Lebih Cekap ‘Melayan Corner’


Toyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-1.jpg


Walaupun tiada foto bahagian dalaman didedahkan, model konsep ini menerima perubahan mekanikal kecil tetapi penting bagi meningkatkan kualiti pengendalian, yang termasuk:

  • Sistem Coilover Boleh Laras: Kereta ini kini menggunakan coilover yang membolehkannya direndahkan sebanyak 1.5 inci (38.1 mm), memberikan pusat graviti yang lebih rendah.
  • Talaan Casis Sport: Casisnya menerima talaan yang lebih sporty bagi pemanduan yang lebih tepat dan responsif.
  • Sistem Brek Dipertingkat: Untuk mengimbangi perubahan yang dibuat pada casis, sistem brek dinaik taraf dengan angkup bersaiz besar 8 piston di hadapan dan 6 piston di belakang, lengkap dengan rotor bersaiz 365 mm yang lebih besar.

Jantung Hibrid Kekal Sama


Menariknya, walaupun reka bentuknya berubah drastik ke arah versi lebih sporty, Camry GT-S Concept masih mengekalkan nadi yang sama dengan model standard.


Toyota-Camry-GT-S-Concept-SEMA2025-5.jpg


Ia dijana oleh unit kuasa hibrid 2.5 liter 4 silinder yang menghasilkan 232 hp (235 PS). Kuasa ini disalurkan kepada kesemua empat roda (AWD) melalui kotak gear automatik 8 kelajuan yang sama. Ini bermakna, dari segi pecutan, sedan sporty ini tidak jauh berbeza daripada Camry versi hibrid yang sedia ada.


Kemunculan Global Di SEMA Show


Toyota Camry GT-S Concept ini akan membuat penampilan sulungnya untuk tontonan umum di SEMA Show 2025 yang dijadualkan berlangsung bermula 4 hingga 7 November ini di Las Vegas Convention Centre. Ia akan dipamerkan bersama lebih daripada dua dozen model konsep Toyota yang lain di bawah tema tahun ini, "Powered by Possibility.”


Toyota Camry Di Malaysia


Di pasaran tempatan, Camry generasi kesembilan (XV80) ditawarkan dalam dua varian iaitu versi enjin pembakaran 2.5V pada harga RM221,800 dan varian hibrid, 2.5 HEV pada RM248,800.


Walaupun peluang Camry GT-S Concept untuk dijual secara rasmi di pasaran kita boleh dikatakan hampir ‘kosong,’ model sporty ini sekurang-kurangnya dapat menjadi suntikan idea kepada pemilik Camry tempatan yang ingin memberikan sentuhan unik kepada kereta masing-masing.


Tag:

Toyota Camry GT-S Concept
Toyota Camry
Konsep Toyota
Kereta Konsep
SEMA Show 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto
Kerajaan Pulau Pinang Beli 15  Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto
Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.

28-03-2025
Global
Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif KLIMS 2024 pada awal bulan ini.

27-12-2024
Berita Auto
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto
Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

13-12-2024

Berita Terkini

Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global
Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global
Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global
Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global
BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026