Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Batang Kali Ditutup Tapi Ada Laluan Alternatif Lain

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kejadian tanah runtuh di Batang Kali-Genting, Selangor.

Gara-gara kejadian runtuh di jalan Batang Kali,- Genting, Selangor menyebabkan kerajaan terpaksa menutup laluan itu selama setahun bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di lokasi terbabit.

Menurut akhbar Berita Harian, perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sebentar tadi.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.

“Walaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun," katanya.


Tanah runtuh itu mengorbankan 24 mangsa yang ketika itu sedang berkhemah di Father's Organic Farm. 

Pada Jumaat lalu, insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's' Organic Farm, Gohtong Jaya yang mengorbankan 24 mangsa.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.

“Buat masa ini, tiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu,” tambahnya.

Bagaimanapun, sementara  tempoh 12 bulan itu, pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).


Gallery

Tag:

KKR
Public Works Department (JKR)
jalanbatangkali
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-06-2025
Global

09-06-2025
Berita Auto

06-02-2025
Berita Auto

05-10-2022
Berita Auto

28-07-2025
Berita Auto

22-07-2025
Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

02-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR

Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.

07-08-2025
Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025