Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kes Langgar Gajah: Cari Langkah Pastikan Habitat Gajah Terpelihara

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Kerja Raya menyifatkan pihaknya sudah memasang lampu jalan dan tanda jalan bagi memaklumkan kawasan hot spot gajah melintas di beberapa negeri.

Antara kawasan hot spot gajah liar adalah Jalan Timur-Barat (Jeli -Gerik), Jalan Gua Musang -Hulu Terengganu, Jalan Mersing -Kluang dan Jalan Kota Tinggi -Mersing.

Menurut Kementerian Kerja Raya, selain memasang  lampu jalan di 39 lokasi laluan atau lintasan gajah liar, Jabatan Perhilitan dan melalui JKR Negeri dan Daerah turut memasang tanda jalan berhubung gajah liar di beberapa negeri.

"Beberapa papan tanda sudah dipasang untuk memaklumkan  pemandu kenderaan yang mereka sekarang telah memasuki kawasan kekawanan gajah liar melintasi jalan raya dari satu kawasan hutan ke kawasan hutan lain.

"Apa yg diharapkan, pemandu kenderaan supaya mengurangkan kelajuan dan berhati-hati dalam pemanduan supaya tidak melanggar serta mencedera atau membunuh gajah," katanya.

Sementara itu,  Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof Ahmad Ismail menggesa supaya pihak bertanggungjawab mengenal pasti kawasan sensitif dan semasa untuk melihat pergerakan gajah melintas jalan.

"Kajian ini perlu dilakukan kerana kita bukan sahaja tidak mahu kemalangan membabitkan hidupan terancam berulang, malah mencari kaedah penting untuk memastikan habitat gajah terjaga," katanya.

image.png

Beliau turut mencadangkan kawasan lintasan hidupan liar atau 'viaduct' merangkumi kawasan rehat gajah didirikan oleh pihak berkuasa.

Langkah itu, katanya, adalah sebahagian perancangan untuk meningkatkan pengurusan habitat dan kawasan rayau gajah bagi melihat situasi kumpulan gajah, makanan, laluan, tempat rehat dan kesesuaian dengan populasi gajah tempatan.

"Tempat rehat gajah yang sesuai perlu dibangunkan di situ untuk menghalang hidupan ini menggunakan jalan raya," katanya.

Semalam, penduduk negara dirundung hiba apabila berita mengenai seekor ibu gajah tidak berganjak beberapa jam selepas anaknya dirempuh dan terperosok di bawah lori di Jalan Raya Timur-Barat.

Gajah dewasa itu kelihatan berusaha 'menolak' lori berkenaan dengan kepalanya untuk menyelamatkan anaknya.

Gallery

Tag:

gajah
Gerik - Jeli
KKR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah

Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah

Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut manakala tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

09-06-2025
Berita Auto
Tiga Gajah Naik Minyak, Lanyak  Vios Sampai Remuk Sebab Kenderaan Belakang Bunyikan Hon

Tiga Gajah Naik Minyak, Lanyak Vios Sampai Remuk Sebab Kenderaan Belakang Bunyikan Hon

Angkara bunyi hon, tiga ekor gajah naik minyak apabila merosakkan sebuah kereta jenis Toyota Vios sehingga hancur .

21-05-2025
Berita Auto
Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh  Ditutup, Dibaiki

Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh Ditutup, Dibaiki

Jalan raya tidak boleh ditutup atau diselenggara sempena Deepavali dan Sidang Kemuncak ASEAN.

17-10-2025
Berita Auto
Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor

Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan sebanyak RM10.692 bilion dalam Belanjawan 2026, naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

13-10-2025
Berita Auto
Had Laju Sedia Ada Kekal, Tiada Perubahan Buat Masa Ini – KKR

Had Laju Sedia Ada Kekal, Tiada Perubahan Buat Masa Ini – KKR

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan bahawa tiada rancangan untuk memperkenalkan had laju minimum baharu.

31-07-2024
Berita Auto
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua Cecah RM1.8 Bilion

Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua Cecah RM1.8 Bilion

Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mempersiapkan kertas kerja bagi cadangan pembinaan Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua.

06-06-2024
Berita Auto
Jalan Batang Kali Ditutup Tapi Ada Laluan Alternatif Lain

Jalan Batang Kali Ditutup Tapi Ada Laluan Alternatif Lain

Gara-gara kejadian runtuh di jalan Batang Kali,- Genting, Selangor menyebabkan kerajaan terpaksa menutup laluan itu selama setahun bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di lokasi terbabit.

20-12-2022
Berita Auto
KKR Akan Lancar Dasar Pembangunan Jalan Tidak Lama Lagi

KKR Akan Lancar Dasar Pembangunan Jalan Tidak Lama Lagi

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan Dasar Pembangunan Jalan dan Lebuh Raya 2030.

11-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto
Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto
Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto
Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto
Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026
Berita Auto
Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto
Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.

04-02-2026
Berita Auto
Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.

04-02-2026