Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Perodua Laku Keras: Perodua Jual Lebih 250K Kereta Dari Jan-Nov 2022

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengeluar kereta tempatan, Perodua mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta paling laris untuk tahun ini. 

Apa tidaknya, Perodua berjaya mencatatkan jualan sebanyak 250,795 unit antara Januari dan November pada  tahun ini.


Ini bermakna, Perodua telah mengatasi sasaran tahunan keseluruhannya sebanyak 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan Perodua iaitu sebanyak 29,149 unit.

“Pencapaian ini memberi makna pada semua peringkat; yang pertama ia menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua mahupun para pembekal di dalam ekosistem.

“Yang kedua ialah melalui pencapaian ini, kami kini menyedari bahawa kami boleh meningkatkan lagi operasi –dalam jualan dan pengeluaran tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah yang luas bagi operasi pembuatan,” katanya.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, jualan Perodua meningkat sebanyak 50.0% kepada 250,795 daripada 167,250 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun 2021. 

Peningkatan jualan berbanding tempoh yang sama tahun lepas adalah disebabkan oleh sekatan pandemic Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan antara Jun dan pertengahan Ogos tahun 2021.

Selain itu, jualan  bulanan juga mencatatkan rekod baharu dengan 28,592 unit pada November 2022, iaitu menandakan peningkatan 40.9% jika dibandingkan dengan 20,299 unit yang dijual pada November 2021.

Malah, terdapat juga peningkatan 10.6% jika dibandingkan dengan 25,849 unit yang dijual pada Oktober tahun ini.


Buat masa ini, tiga model yang paling laris dijual pada November ialah  Bezza dengan 8,089 unit, Myvi  (6,624 unit) dan Axia dengan 5,812 unit.

Menurutnya, pihaknya akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan bagi  memastikan para pelanggan menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat.

“Kami juga mahu memastikan para pelanggan yang menempah kenderaan Perodua dalam tempoh masa pengecualian cukai jualan, menerima  kereta mereka sebelum 31 Mac 2023,” tambahnya.


Gallery

Tag:

Perodua Bezza
Perodua Axia
Perodua sales 2022
perodua Myvi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Tips

4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing

Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.

07-04-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025
Berita Auto

Wanita Maut, Pembahagi Jalan Terperosok Ke Dalam Kereta

Sebuah kereta Bezza yang terbabas menyebabkan pembahagi jalan terperosok ke dalam kenderaan itu, sehingga meragut penumpang e-hailing.

23-10-2025
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026