Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Menyamar Tangkap Pemandu Warga Asing

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kes warga asing memandu trak pikap di Cameron Higlands, Pahang bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Sebaliknya, kes ini sudah berlarutan sejak sekian lama. 

Namun selepas pendedahan laporan ekslusif Harian Metro berkaitan kebanjiran warga asing memandu kenderaan komersial tanpa Lesen Vokasional (GDL) di Cameron Highlands, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat penyamaran.

Untuk itu, sekurang-kurangnya 82 notis dikeluarkan oleh JPJ yang diadakan pada Operasi Pemandu Warga Asing (Ops PEWA) baru-baru ini.


Kebanyakan saman yang dikeluarkan  membabitkan pelbagai kesalahan antaranya tiada LM, tiada LKM, tiada Lesen Vokasional (GDL), tiada perlindungan insurans dan kesalahan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas 116 kenderaan pelbagai model yang digunakan oleh warga asing.


“Daripada jumlah itu, 19 kenderaan diambil tindakan dengan 17 disita. Ia membabitkan 10 pacuan empat roda dan tujuh lori tidak mematuhi roadworthiness kenderaan yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Malah, pemeriksaan mendapati ada kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu, salah guna permit CH dan mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026