Link Copiedcheck_circle
EV

Mercedes-Benz EQE 350+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM419K, Jarak EV 669KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQE 350+ yang ditawarkan pada harga daripada RM 419,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. 


Model terbaharu ini kini menyertai barisan EQ lain yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu EQA, EQB, EQC dan EQS. Model ini dibina berdasarkan platform Electric Vehicle Architecture (EVA) seperti EQS dengan pelbagai elemen rekaan dan teknologi yang sama.


PRESTASI MERCEDES-BENZ EQE 350+ 




EQE 350+ boleh dianggap sebagai  dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 90.56 kWh, yang memberi output maksimum 292 hp/565 Nm. Untuk menjamin kereta mampu mencapai jarak perjalanan yang jauh, iaitu sehingga 669KM, kelajuan tertinggi EQE ditetapkan pada 210KM/J sahaja. Model ini dapat melakukan pecutan abad 0-100 km/j dalam masa hanya 6.4 saat.


Untuk pengecasan, pek bateri model ini mengambil masa selama 8 jam 15 minit untuk dicas penuh dari 10-100 peratus menggunakan pengecas AC 11 kW. Sekiranya dicas dengan pengecas pantas DC 170 kW pula, masa yang diambil hanyalah 32 minit daripada kapasiti 10-80 peratus.


Model ini turut hadir dengan ciri Navigate bersama Electric Intelligence yang akan mencadangkan laluan terbaik berdasarkan pelbagai faktor seperti trafik, gaya pemanduan. Selain turut memaparkan kapasiti bateri semasa sama ada cukup untuk tiba ke destinasi tanpa perlu dicas. 


BAHAGIAN LUAR MERCEDES-BENZ EQE 350+ 





EQE 350+ tampil dengan gaya sporty AMG Line. Ia menggunakan roda aloi lima jejari kembar AMG bersaiz 19 inci dan pakej lampu DIGITAL LIGHT yang  ditampilkan dengan teknologi Adaptive Highbeam Assist Plus.


BAHAGIAN DALAM MERCEDES-BENZ EQE 350+




Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG Line dengan tempat duduk sporty yang menggunakan upholsteri ARTICO dengan gentian mikro dua tona MICROCUT (hitam/kelabu). Untuk keselesaan optimum, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan pemanas. Stereng sporty pelbagai-fungsi kereta yang turut dilengkapi pedal penukar gear ini dibalut dengan kulit Nappa.  Bagi menaikkan ‘mood’ penumpang dan pemandu, EQE dilengkapi ciri menarik seperti lampu ambien aktif.




Untuk keselesaan, kereta dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut:

-KEYLESS-GO

-Pakej USB Plus

-Penutupan dan penguncian but belakang jarak jauh

-Pengecas tanpa wayar telefon pintar 

-Kompartmen simpanan di bawah konsol tengah

-Visor matahari jenis tarik (pull-out)


Dan banyak lagi!


Model ini turut menggunakan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi terbaharu yang telah diperkenalkan pada EQS. Menggunakan perisian adaptif terkini, konsep kawalan dan dan paparan disesuaikan dengan pengguna dengan cadangan pemperibadian (personalised) untuk pelbagai ciri hiburan, keselesaan dan fungsi lain kenderaan. 


Ciri menarik lain ialah penggunaan sistem audio 3D  Burmester, integrasi Apple CarPlay/Android Auto, paparan-di-kepala (HUD), navigasi AR MBUX dan sebagainya. 


CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ EQE 350+



Didatangkan sebagai ciri standard, EQE hadir dengan pakej Driving Assistance Plus yang termasuk Active Distance DISTRONIC, bantuan henti dan gerak aktif, bantuan pengendalian aktif dengan amaran lepas tangan (hands-off), dan bantuan kekal lorong aktif. Sistem ini dapat membantu pemandu dalam pelbagai situasi. 


Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan perlindungan kenderaan URBAN GUARD iaitu sistem amaran anti-kecurian dan sistem pemantauan dalam kereta. Seterusnya pakej parkir dengan kamera 360 darjah dan bantuan parkir aktif.


Berikut adalah ciri keselamatan keselamatan lain yang terdapat pada Mercedes EQE:

-Sistem pemantau tekanan tayar

-TIREFIT

-Beg udara pada bahagian tingkap

-Beg udara pada bahagian lutut

-Sistem PRE-SAFE®

-Sistem panggilan keselamatan Mercedes-Benz


HARGA MERCEDES-BENZ EQE 350+ 




Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM 419,888.00 dengan SST 10%, di atas jalan, tanpa insurans.  Pembelian didatangkan dengan jaminan kenderaan selama empat tahun tanpa had perbantuan secara standard, dan bateri EV dilindungi selama 10 tahun atau 250,000 km, yang mana dahulu.


Dalam acara yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM Sagree Sardien mengumumkan bahawa MBM akan membuat pemasangan model EV termasuklah barisan kenderaan EQ di kilang yang terletak di Pekan, Pahang.


Ikut kami di Facebook untuk mendapatkan info terkini dan tergembar dalam dunia automotif.




Tag:

Electric Sedan
Mercedes-Benz EQE 350+
Sedan Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

09-11-2022
Video

30-01-2023

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026