Link Copiedcheck_circle
EV

Model CKD C40, Cuma Ada 1 Varian, 408 hp, Tork 660Nm, Harga RM289K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Setelah berbulan menanti, akhirnya Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam satu acara pagi tadi.


Jentera ini yang cuma hadir dalam satu varian dikatakan menggunakan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya P8 AWD dan  dijual pada harga RM 288,888. '

Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam ini digandingkan dengan dua motor elektrik di setiap gandar roda hadapan dan belakang.


Dari segi prestasinya, ia menghamburkan kuasa 408 hp manakala tork maksimumnya ialah 660Nm.

Ini bermakna crossover sporty ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.7 saat. Untuk makluman anda, had kelajuan jentera ini dihadkan kepada 180 km/j.

Seperti sedia maklum, Volvo mengehadkan had kelajuan untuk semua model baharu semata-mata untuk  mengurangkan kadar kematian.


Fuh sungguh hebat.

Menjengah bahagian luarannya, lampu hadapannya adalah jenis LED dan dipadankan dengan  lampu nyalaan siang (DRL) signatur tukul Thor manakala grilnya pula tertutup menyebabkan ia kelihatan sedikit aneh.

Sementara itu, jentera ini  kelihatan sporty manakala lampu belakangnya jenis LED juga dilihat agak mengancam kerana menghasilkan baris berwarna merah.


Apa yang mengejutkan jentera ini tiada sebarang butang untuk menghidupkan enjinnya sebaliknya hanya perlu membawa kunci bersama dan terus meletakkan tombolnya pada D untuk bergerak.


Bagi bahagian belakangnya pula, terdapat dua spoiler di bahagian bumbung dan belakang but. 


Dari segi infotainmennya, terdapat skrin 12 inci dimana ia amat memudahkan pemandunya jika mahu mencari lokasi yang ingin dituju, lokasi pengecasan dan melihat peta.

Seperti biasa, jentera ini juga tidak ketinggalan daripada menerima sambungan Google, Google Play dan Google Assistant.


Berikut adalah perinciannya:


Rim 19-inci 

Kemasan Black Diamond Cut

Skrin sentuh 9 inci.

Ruang but 31 liter 

Kluster instrumen digital 12-inci


Sistem audio Harman Kardon 600-watt

13-pembesar suara

Bumbung panaromik 


Pengecas tanpa wayar Qi

Kawalan pendingin dwi-zon dengan corong belakang 

Kerusi depan menggunakan larasan elektrik

Ciri keselamatan:

Sistem amaran trafik lintasan belakang

Amaran titik buta

Bantuan Kekal Lorong 

Brek kecemasan automatik dengan keupayaan mengesan kenderaan lain, pejalan kaki, penunggang basikal dan bintang liar. 

Kawalan Amaran Pemandu 

Run-Off Road Mitigation dengan Road Edge Detection, Oncoming Lane Mitigation, Blind Spot Information System (BLIS) dengan Steer Assist dan Cross Traffic Alert (CTA) dengan Autobrake.


Mengenai baterinya, jentera ini  disumbat dengan pek bateri lithium-ion 78 kWj sekali gus, membolehkannya  bergerak sejauh 450 kilometer dengan satu caj penuh mengikut kitaran WLTP.


Apa yang cukup menarik ialah jika anda menggunakan pengecas 150 kW DC, anda hanya perlu menunggu 28 minit sementara menunggu baterinya penuh.


Model ini juga merupakan model pertama Volvo yang tidak menggunakan bahan yang diperbuat daripada kulit sebaliknya menggunakan material sintetik berteknologi tinggi.


Bagi yang berminat untuk membeli SUV elektrik pertama Volvo ini, ia hadir dalam lima  pilihan warna iaitu Crystal White, Black Stone, Fjord Blue, Thunder Gray dan Sage Green.

Ia menerima perlindungan waranti  untuk kereta selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta waranti khas untuk bateri lithium-ion selama 8-tahun atau 160,000 km.

Malah, VCM juga memberikan bantuan tepi jalan Volvo on Call selama lima-tahun, servis selepas jualan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000 km termasuk Digital Service selama empat tahun.

Mengenai tempahannya, ia sudah boleh ditempah bermula esok. Apa pandangan anda mengenai Volvo C4O ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026