Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Baru-baru ini dilaporkan bagaimana sebuah treler yang membawa muatan berlebihan telah mengakibatkan sebuah kereta SUV jenis Subaru Forester terbalik dan mengorbankan bayi berusia lapan bulan dalam kandungan ibunya setelah rahim isterinya pecah. 


Kejadian yang berlaku di Gerik itu dikongsikan dalam group Facebook Dashcam Owners Malaysia. 


Hari ini, Kosmo melaporkan, pemandu treler tersebut rupanya memiliki banyak saman, dengan sembilan yang belum dibayar. Dua daripada saman yang diterima adalah membabitkan treler yang digunakan dalam tragedi tersebut. 




Lelaki berusia 48 tahun tersebut sebelum ini pernah menerima empat sama yang berkaitan dengan kesalahan membawa muatan bahaya tanpa ikatan kemas. Empat lagi saman yang diterima ialah lesen kenderaan tamat tempoh dan satu lagi kerana melanggar lampu isyarat. Kesalahan yang diterima dicatatkan sejak tahun 1997 hingga bulan April tahun ini. 


Saat-saat kereta melanggar muatan treler sebelum kereta terbalik.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek telah ditahan pada hari kejadian ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Batu Melintang Jeli, Kelantan.


“Berdasarkan siasatan, kemalangan itu berpunca daripada muatan siling yang dibawa treler terbabit telah jatuh di atas jalan ketika melalui selekoh.


Kereta terbalik akibat impak pelanggaran


“Keadaan itu menyebabkan tiga kenderaan lain dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar muatan sehingga terbabas dan terbalik ke dalam longkang. Sebuah lagi kenderaan sempat dikawal dan berhenti di bahu jalan,” katanya semalam.


“Kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


RESPON DARIPADA MENTERI PENGANGKUTAN


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu treler dan juga syarikat yang terlibat. 




“Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini. Salam takziah kepada keluarga. Permit syarikat lori ini akan digantung sementara untuk audit ke atas semua lori mereka.


“Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalan raya,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook semalam.


Sumber: Kosmo


Baca: "Kamu Kejam Rampas Bayi Kami," - Bapa Bayi


Tag:

Subaru Forester
kemalangan maut
viral dashcam video
treler
Facebook
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

08-12-2025
Kereta Baru

30-10-2025
Kereta Baru

22-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
Global

07-02-2025
EV

26-02-2024
Kereta Baru

15-02-2024
Global

17-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026