Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penutupan Sementara Laluan NKVE Dari Setia Alam Arah Utara Dari 15-18 Dis

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengumuman penutupan laluan di lebuhraya NKVE


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan penutupan sementara lorong kiri dan tengah bagi laluan Setia Alam-KLIA/Johor Baharu di Persimpangan Shah Alam di KM9.0 hingga KM9.32 (Arah Utara) di Lebuhraya NKVE. Penutupan ini bermula esok, 15 Disember (Khamis) hingga 18 Disember 2022 (Ahad) bermula daripada jam 10 malam hingga 6 pagi. 


Pengguna Lebuhraya NKVE dari Bukit Raja dan Setia Alam yang menuju ke KLIA/Johor Baharu (Lebuhraya ELITE) disarankan agar keluar di Plaza Tol Shah Alam seterusnya menggunakan Jalan Persiaran Gerbang Utama dan membuat pusingan-U di bulatan berhampiran Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.


Lebuhraya NKVE


Namun sebagai makluman, lorong kanan di laluan tersebut masih boleh digunakan oleh pengguna lebuh raya yang ingin menuju ke Kuala Lumpur dan Ipoh.


Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan supaya dapat mengelakkan kesesakan trafik yang mungkin berlaku. Pengguna juga perlu mematuhi papan tanda trafik dan arahan yang diberikan oleh petugas pengawal trafik seperti berada di laluan yang terlibat. 


Hubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik terkini atau bantuan kecemasan.


Pusat perkhidmatan PLUSLine

Tag:

NKVE
Penutupan Sementara
Lebuhraya NKVE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

NKVE Ditutup Secara Berperingkat Bermula 30 Mac Ini

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup secara berperingkat bermula esok.

29-03-2023
Berita Auto

Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.

04-07-2025
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

Kemalangan: Viral Kereta Dirempuh Bertubi-Tubi

Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta.

11-05-2026
Berita Auto

Plus Pasang Papan Tanda Sebagai Makluman Kepada Pemandu Kenderaan Berat

Kenderaan berat tidak dibenarkan berada di NKVE, ELITE dan beberapa lebuh raya lain pada waktu puncak, bermula 19 Februari ini.

10-02-2025
Berita Auto

NKVE Ditutup Secara Berperingkat Bermula 30 Mac Ini

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup secara berperingkat bermula esok.

29-03-2023
Berita Auto

Lagi Kemalangan Di NKVE, Kali Ini Babitkan 2 Treler

Dua treler yang membawa pelbagai model kereta Perodua terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), semalam.

27-01-2023
Berita Auto

Boleh Atau Tidak Keluarkan Kepala Dari Sunroof? Ini Jawapannya!

Polis sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof di lebuh raya NKVE.

25-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026