Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Mahu Pasang 60,000 Enjin 1.5 TGDI Pada Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebahagian kakitangan Proton yang bekerja di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak.

Jenama automotif nasional PROTON meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini. 

Pencapaian itu berjaya diraih hanya dalam masa selama tujuh bulan selepas unit pertama dikeluarkan pada bulan April tahun ini.


Enjin 1.5 TGDI.

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong berkata, pada tahun 2023, pihaknya menyasarkan pengeluaran 60,000 enjin, yang akan digunakan untuk beberapa model Proton.

Barisan enjin baharu PROTON adalah bukti ketabahan dan keazaman pekerja kami untuk mengatasi halanganda  mencapai matlamat kami. 

“Ia adalah salah satu barisan  pemasangan enjin paling maju di Malaysia dengantahap automasi yang tinggi,   persekitaran terkawal iklim dan pelbagai gerbang ujian untuk memastikan kualiti pengeluarannya,” katanya dalam satu kenyataan.


Dr Li Chunrong (tiga dari kiri).

Kilang enjin 1.5 TGDI PROTON adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk  melabur RM1.8 bilion bagi  menaik taraf kemudahannya di Tanjung Malim.

Menyingkap sedikit sejarah mengenai perjalanan pembinaan kilang enjin, Proton berkata, setelah membuat keputusan untuk membina barisan pemasangan baharu di Tanjung Malim, pembinaan dan penghantaran komponen telah ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19. 

Apapun, keputusan telah dibuat untuk menuju ke hadapan sementara negara menjalani perintah kawalan pergerakan. 

Malah,, pelan pengembangan operasi itu selaras dengan teras strategik pertama program DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV) yang bertujuan memaksimumkan aktiviti pembuatan di rantau ini.


Tag:

Proton Malaysia
enjin1.5tgdi
protontanjungmalim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...

05-02-2024
Berita Auto

Tergoda Dengan X50 R3? Cekau Cepat, Ada 200 Unit Je

Proton menayangkan model Proton X50 R3 Concept sempena Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto

Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV

Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton telah menghantar 16 kakitangannya ke Hangzhou, China baru-baru ini.

16-12-2022
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!

Sempena ulang tahun keempat Proton X70, Proton dedahkan 10 fakta mengenai SUV itu.

13-12-2022
Berita Auto

Jualan Kereta Proton Semakin Melonjak Walaupun Ada Isu Bekalan

Proton berjaya menjual 11,316 buah kenderaan pada bulan lalu walaupun terpaksa berhadapan dengan isu bekalan sementara.

06-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026