Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PROTON sudah mengeksport 1,000 unit kenderaan ke Afrika Selatan


Kedudukan pengeluar  kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan selepas kembali semula secara rasmi ke negara tersebut. Dua model yang dibawa masuk iaitu  Proton X50 dan Proton X70 mendapat permintaan yang tinggi. Kini, PROTON sudah mengeksport 1,000 unit kenderaan ke Afrika Selatan.


Pengarah  Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu berkata, “Penjualan pantas kenderaan kami di Afrika Selatan adalah bukti daya tarikan Proton sebagai jenama, dan  rangkaian model kami kepada pembeli kereta di sana. 


“Kami mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan  Kumpulan CMH, dan mereka telah mengendalikan banyak aktiviti untuk memberikan peluang kepada seramai  mungkin warga Afrika Selatan untuk merasai rangkaian model-model semasa kami.”



Selepas pelantikan CMH Group sebagai pengedarnya untuk Afrika Selatan pada bulan April 2022, penghantaran pertama  kenderaan yang terdiri daripada Proton X50 dan Proton X70 dibuat pada bulan Mei 2022 manakala pelancaran  semula jenama dan produk pula diadakan pada 14 September 2022. Penghantaran kedua-dua model ini dibuat setelah 10 tahun Proton menghentikan kemasukan model baharu ke Afrika Selatan. 


Prestasi Eksport Yang Menunjukkan Pertumbuhan Positif Tahun 2022




Jualan eksport terus menunjukkan aliran pertumbuhan pada 2022. Pada bulan November sahaja, sejumlah 5,028 unit kenderaan PROTON dieksport ke luar negara. Pasaran terbesar PROTON kekal Pakistan dengan 2,610 unit setakat tahun ini. Sementara negara kedua  terbesar pula ialah Afrika Selatan, dan Brunei Darussalam di tempat yang ketiga. 


Proton Saga Kekal Model Terlaris 


Model yang menerima permintaan paling tinggi ialah Proton Saga, sementara  Proton X70 pula meningkat hampir dua kali ganda jumlahnya tahun ini, manakala Proton X50 pula berada di tempat ketiga dengan peningkatan tiga kali ganda tahun ini. 


Pengarah  Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu


Jelas Steven Xu, “Volum eksport PROTON terus berkembang secara agresif apabila kami memasuki lebih banyak pasaran baharu  dan mewujudkan gabungan strategi CBU dan CKD yang bergantung kepada keadaan pasaran. 


“Jualan eksport  adalah salah satu tonggak pertumbuhan jualan kami dan oleh itu, kami akan berusaha untuk terus berkembang  secara agresif pada tahun-tahun akan datang dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeksport utama  kenderaan untuk Malaysia," katanya.



ARTIKEL BERKAITAN

Baca: [BARU TAHU] Proton Pernah Keluarkan Kereta Limusin Rupanya!

Baca: Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

Baca: Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!


Tag:

#proton
Proton X50
Proton X70
Proton Saga
Afrika Selatan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022
Berita Auto

Proton Tawar Jaminan Lanjutan 1 Tahun Untuk Kereta Pra-Milik PCPO

Semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak menerima jaminan lanjutan

21-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026