Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

23 Titik Panas Kemalangan Di Selangor Kini Dipantau 352 Anggota JPJ

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah mengenalpasti 23 titik panas yang menjadi lokasi kemalangan di sekitar negeri Selangor berdasarkan rekod lebih 10 kes kemalangan termasuk yang membabitkan kematian, lapor Utusan. 


Bagi membendung kes ini, JPJ akan memfokuskan penguatkuasaan dan rondaan di kesemua lokasi yang terlibat seperti, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan selebihnya di jalan persekutuan serta negeri dalam Operasi (Op) Tahun Baharu Cina 2023.


Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, seramai 352 anggota penguatkuasa akan ditempatkan di semua laluan terlibat secara statik atau rondaan untuk memastikan kelancaran operasi tersebut. 




“Justeru, kita akan memberi tumpuan penguatkuasaan di kawasan titik panas itu sepanjang 10 hari operasi sehingga 27 Januari ini.


"Selain penempatan anggota, pengguna jalan raya lain digalakkan merakam gambar atau video kesalahan jalan raya dan menyalurkan aduan itu kepada JPJ bagi tindakan lanjut,” katanya.


Semblian jenis kesalahan utama akan diberikan perhatian dan antaranya adalah memandu melebihi had laju, langgar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.


“Selain itu, tumpuan melibatkan kesalahan tambahan seperti tidak memakai topi dan tali pinggang keledar serta memandu berbahaya dan tanpa lesen.


“Kita antaranya turut kekal menempatkan pegawai sebagai penumpang bas, pemeriksaan terminal atau depoh bas dan advokasi,” ujarnya.


Sumber: Utusan


Baca: Hati-Hati Banyak Ops Sempena Tahun Baharu Cina


Baca: JPJ Kutip 4.89 Bilion Tahun 2022, Jauh Lebih Tinggi Dari Sasaran, Ini Sebabnya...




Tag:

JPJ
kemalangan
JPJ Selangor
kemalangan maut
Jabatan Pengangkutan Jalan
Ops Tahun Baharu Cina 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-09-2025
Berita Auto

23-09-2025
Berita Auto

11-09-2025
Berita Auto

06-08-2025
Berita Auto

06-08-2025
Berita Auto

09-07-2025
Berita Auto

17-06-2025
Berita Auto

05-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto
BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto
Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto
Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto
Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto
Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto
Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025