Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Tak Iktiraf Penjualan Semula Nombor Pendaftaran Selain Menerusi JPJeBid

Suhana Veru

Kongsi melalui

nafi-kenderaan-SUV-tidak-boleh-didaftarkan-sebagai-e-hailing-(1).jpg

Tahukah anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengiktiraf sebarang penjualan semula nombor pendaftaran kenderaan di platform tidak rasmi selain menerusi sistem JPJeBid.

Untuk itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nombor pendaftaran hanya melalui saluran rasmi JPJ bagi menjamin ketelusannya.

"Penjualan semula nombor pendaftaran bagi tujuan mengaut keuntungan atas angin selepas bidaan dilaksanakan dengan sah dan teratur adalah urus niaga persendirian dan ia di luar kawalan JPJ.

"Dalam hal ini, JPJ sudah menetapkan kawalan dan pemantauan terhadap pemindahan nama nombor pendaftaran hanya dibenarkan dalam kes tertentu. Contohnya pembida meninggal dunia dan pemindahan nombor pendaftaran kepada ahli keluarga yang terdekat saja," katanya menggulung usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas kewujudan sindiket penjualan semula nombor dan Sistem eBidding secara dalam talian seperti dibangkitkan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) ketika sesi perbahasan semalam.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata, Sistem JPJeBid dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dan automatik, tanpa campur tangan manusia, yang mana hanya pembida berdaftar dan disahkan identiti dibenarkan menyertai bidaan.

"Sebagai kawalan ke atas pengguna yang memanipulasikan penjualan semula nombor pendaftaran, sistem JPJeBid hanya membenarkan individu iaitu maksimum lima nombor dan bagi syarikat maksimum tiga nombor untuk berjaya bida dalam satu siri bidaan dibuka," katanya.

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto
Nak Pergi RXZ Members?  Ini Syarat Baharu

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto
Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.

11-08-2026
Berita Auto
JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!

10-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026