Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kantoi Guna Lesen Palsu, 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Australia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Rakyat Malaysia ditahan guna lesen memandu palsu di Australia (Sumber: NSW Police Force)


Apa nak jadi, hanya duduk menumpang di luar negara tetapi berani melanggar peraturan. Baru-baru ini, polis trafik Australia, membuat satu perkongsian di Facebook rasmi pihaknya, Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force yang mengatakan bagaimana pihaknya telah menahan tiga rakyat Malaysia dalam tempoh kurang 24 jam setelah dikesan menggunakan lesen palsu. 


PESALAH PERTAMA


Kejadian tersebut berlaku pada hari Sabtu, 17 September 2022 lepas ketika peronda Lebuhraya Griffith melakukan rondaan di sepanjang Lebuhraya Mid Western berhampiran Rankins Springs sekitar jam 2.30 petang. 


Sebuah sedan Holden Cruze putih 2009 diarahkan untuk berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan sebelum didapati bahawa lelaki warganegara Malaysia berusia 42 tahun dari Mildura itu tidak pernah memegang sebarang kelas lesen di mana-mana negeri atau wilayah Australia. 


Pemeriksaan melalui Portal Rasmi JPJ pula mendedahkan dia hanya memegang lesen kelas motosikal yang telah tamat tempoh pada tahun 2005. Lelaki itu juga didapati menetap di Australia dengan visa sementara sejak enam tahun lalu. 



PESALAH KEDUA & KETIGA


Sewaktu peronda Lebuhraya Griffith melakukan pemeriksaan di Burley Griffin Way, Ardlethan pada sekitar jam 12.03 tengahari, Ahad, 18 September 2022, dua buah kenderaan telah diarahkan berhenti iaitu Nissan X-Trail 2003 berwarna biru dan Toyota Tarago 2001 berwarna perak. Pemandu kedua-dua kenderaan adalah warganegara Malaysia. 


Rakyat Malaysia ditahan guna lesen memandu palsu di Australia (Sumber: NSW Police Force)


Nissan X-Trail dipandu oleh lelaki berusia 34 tahun, manakala Toyota Tarago pula lelaki berusia 22 tahun. Kedua-duanya menetap di Junee. 


Rakyat Malaysia ditahan guna lesen memandu palsu di Australia (Sumber: NSW Police Force)


Setelah membuat pemeriksaan lesen memandu dua pemandu tersebut melalui Portal Rasmi JPJ, mereka sebenarnya tidak memiliki lesen selain turut tidak memegang lesen di mana-mana negeri/wilayah di Australia. Mereka juga menetap dengan menggunakan visa sementara sejak beberapa tahun lalu


NOTIS KEHADIRAN MAHKAMAH


Ketiga-tiga rakyat Malaysia ini tekah diberikan notis untuk menghadiri Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 bagi disabitkan untuk beberapa kesalahan termasuklah memiliki dokumen palsu. 



Tag:

Nissan X-Trail
polis trafik
Kesalahan Trafik
Australia
lesen palsu
Lesen Terbang
Lesen memandu
NSW Police Force
Holden Cruze
Toyota Tarago
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Inikah Nissan X-Trail Generasi Akan Datang? – Moden & Teknologi e-Power Terkini

Pelan kebangkitan atau revival plan Nissan yang diumumkan bulan lalu nampaknya masih menyimpan beberapa kejutan.

03-04-2025
Kereta Baru

Nissan X-Trail e-Power Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – SUV Hibrid 'Range Extender' Ini Bakal Dilancarkan?

Walaupun Nissan Kicks e-Power menjadi tumpuan utama di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Nissan sebenarnya turut memperkenalkan satu lagi model hibrid e-Power, iaitu Nissan X-Trail generasi keempat.

11-12-2024
Berita Auto

Mujur Tiada Yang Rentung. Hati-Hati Musim Hujan

Dua kereta terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

06-09-2023
Berita Auto

Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.

07-01-2022
Berita Auto

Panggil Balik Nissan X-Trail 2.0L Hibrid Keluaran Jun 2018-Mei 2021

Tiada sebarang kos akan dikenakan kepada pemilik kenderaan ini.

21-12-2021
Berita Auto

Anda Kini Boleh Beli Kenderaan Nissan di Lazada!

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan secara rasmi Nissan Flagship Store di platform e-dagang terkenal di Malaysia, Lazada.

05-05-2021
Berita Auto

Tular Polis Trafik Panggil Kumpulan Penunggang Motosikal

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bentong, Pahang.

13-08-2025
Berita Auto

Kereta Tak Boleh Keluar, Terpaksa Naik Grab

Kes double park, hubungi terus polis trafik.

20-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026