Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Minta APAD, Grab Bincang Perubahan Kadar Tambang

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa kementerian akan menyiasat perubahan harga yang diumumkan Grab Malaysia. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menghubungi pihak Grab Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur harga terbaharu terebut.

Walau bagaimanapun menurut beliau, penurunan kadar tambang yang dilakukan adalah langkah komerial yang diambil oleh syarikat tersebut. 

"Saya akan minta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APD) untuk berbincang dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Grab," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.


Grab Malaysia sebelum ini telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif yang diberikan untuk  memberi pampasan yang lebih berbaloi sekiranya pemandu terpaksa berdepan dengan kesesakan trafik. 

Di Lembah Klang, tambang per minit telah dinaikkan daripada 20 ke 43 sen (kenaikan 215%), sementara tambang per kilometer pula dikurangkan daripada 70 ke 25 sen (penurunan 64%), bermula 16 Januari 2023. Tambang asas dan minimum pula masih dikekalkan pada RM2 dan RM5.

Sumber: Grab

Menurut Grab, kadar ini telah diperbaharui berdasarkan maklum balas daripada pemandu sendiri. 

Tindakan ini bagaimanapun tidak dipersetujui Naib Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Mohd Azril Ahmat kerana menurutnya ramai pemandu memilih untuk bekerja diluar waktu puncak.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada beberapa pemandu, dijangkakan pendapatan akan berkurang sekurang-kurangnya 30% daripada biasa. 



Tag:

Grab Malaysia
Anthony Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
tambang Grab
kadar tambang
Menteri Pengangkutan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET

Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET

Grab Malaysia kini mempergiat usaha untuk memperkasakan komuniti pemandunya menerusi kerjasama strategik bersama GIATMARA dan BYD Sime Motors.

09-10-2025
Berita Auto
Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

29-06-2025
Berita Auto
Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab telah mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat automotif China, BYD, untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pemandu Grab di Asia Tenggara.

16-01-2025
Berita Auto
Proton, Grab Jalin Kerjasama, Ada Berita Baik Untuk Abang Grab Kalau Nak Beli Proton Saga

Proton, Grab Jalin Kerjasama, Ada Berita Baik Untuk Abang Grab Kalau Nak Beli Proton Saga

Proton turut menawarkan faedah eksklusif mulai 4 November ini menerusi kempen “Saga Power Up for Grab Drivers”.

25-10-2024
Berita Auto
“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, meluahkan rasa kecewa terhadap struktur tambang baharu yang diperkenalkan

02-02-2023
Berita Auto
Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif baharu.

17-01-2023
Berita Auto
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.

23-06-2026
Berita Auto
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026