Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, meluahkan rasa kecewa terhadap struktur tambang baharu yang diperkenalkan pembekal perkhidmatan e-hailing, Grab, yang menurutnya menjejaskan pendapatan pemandu. 


Sebelum ini, dilaporkan Grab kini menaikkan caj per minit semasa waktu puncak daripada 20 sen kepada 43 sen. Menurut Grab, penstrukturan semula ini dilakukan sebagai usaha untuk memberi pampasan yang bersesuaian dengan tempoh masa yang dihabiskan sekiranya pemandu terpaksa berdepan dengan kesesakan trafik.


Penjelasan terperinci mengenai struktur tambang baharu Grab di sini: Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...


Bagaimanapun Sany berkata, perubahan struktur tambang itu tidak memberikan kesan yang baik kepada pemandu Grab kerana kebanyakannya memilih untuk menghantar penumpang berdasarkan jarak perjalanan dan bukannya dalam kawasan sesak seperti pemandu teksi lain. 


Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan


“Penurunan tambang daripada 70 sen kepada hanya 25 sen bagi setiap kilometer akan menjejaskan pendapatan pemandu Grab kerana kebanyakan mereka mengambil penumpang berdasarkan jarak.


"Mereka tidak bergantung untuk menunggu (penumpang) di kawasan sesak seperti pemandu teksi," kata Sany.


Situasi ini menjadi halangan bagi kerajaan untuk membantu rakyat yang sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi pasca pandemik. Ramai pemandu Grab terdiri daripada mereka yang kehilangan pekerjaan semasa wabak tersebut. 




Sany menggesa Menteri Pengangkutan untuk turut campur tangan. 


"Sehubungan itu, saya merayu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk campur tangan dalam isu ini.


"Tindakan Grab ini sebenarnya penghalang besar kepada usaha kerajaan membantu rakyat berdepan tekanan ekonomi dan nasib yang menimpa pemandu Grab ini memedihkan hati saya," katanya.


Sumber: Malaysia Kini


Baca: Kementerian Pengangkutan Minta APAD, Grab Bincang Perubahan Kadar Tambang

Tag:

Grab Malaysia
Grab
Kementerian Pengangkutan
Anthony Loke
tambang Grab
Menteri Pengangkutan
pemandu Grab
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-08-2025
Berita Auto

27-06-2025
Berita Auto

24-06-2025
EV

28-03-2025
Berita Auto

05-03-2025
Berita Auto

25-10-2024
Berita Auto

18-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026