Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Volvo Car Malaysia terus mencatatkan rekod prestasi jualan yang cukup memberangsangkan apabila melabuhkan tirai tahun 2022 dengan menjual sejumlah 3,194 model keretanya.

Pencapaian itu menandakan pertumbuhan jualan selama tujuh tahun bertahun-tahun dengan peningkatan 43% jumlah jualan pada tahun lalu.


Ketibaan kedua-dua model kenderaan elektrik (EV), Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan C40 Recharge Pure Electric dikatakan menyumbang kepada jumlah jualan Volvo.


Perkara itu turut diakui Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.


FRUMP.

“Pelancaran  kedua-dua EV pemasangan tempatan pertama telah menyumbang kepada pertumbuhan jualan Volvo. 

Berdasarkan peningkatan bahagian pasaran EV sepenuhnya di seluruh dunia, kami optimis perkara yang sama akan berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.


Model C40 Recharge Pure Electric.

Untuk info, kedua-dua model itu dipasang di Shah Alam sekali gus membantu VCM menguatkan kedudukan sebagai peneraju segmen EV CKD di Malaysia.


Di peringkat global, Volvo berjaya mencapai angka jualan sehingga 615,121 unit untuk tahun 2022.

Malah, permintaan untuk jenama Volvo dilihat kukuh dengan jualan keseluruhan model Recharge Pure Electric dan PHEV mencapai 43.8 % pada Disember 2022.

Ini bermakna, kereta elektrik sepenuhnya menyumbang 20.1 peratus daripada jualan global untuk bulan yang sama.


Tag:

volvocarmalaysia
volvoc40
volvoxc40
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Volvo Car Malaysia Tekad Untuk Jual Lebih Banyak EV, Mahu Jadi Jenama EV Nombor 1 Di Malaysia

Volvo Car Malaysia berhasrat untuk menjual 75 peratus kenderaan elektrik menjelang tahun 2025.

14-12-2022
Kereta Baru

Volvo XC40 B5 Ultimate, Harga RM268,888

Volvo Car Malaysia mengumumkan ketibaan XC40 B5 Ultimate yang ditawarkan dalam barisan model baharu untuk tahun 2023.

07-12-2022
Berita Auto

Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran

Para pelanggan berpeluang menikmati percutian ke Sweden.

15-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026