Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Car Malaysia Tekad Untuk Jual Lebih Banyak EV, Mahu Jadi Jenama EV Nombor 1 Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Volvo Car Malaysia berhasrat untuk mencapai75 peratus jualan kenderaan elektrik penuh menjelang tahun 2025.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, sasaran itu seiring dengan rancangan global cars Malaysia yang mahu menjadi jenama EV nombor satu di negara ini.

"Jadi secara global, kami telah menetapkan ia sebagai pencapaian untuk menjadi 50 peratus elektrik menjelang 2025, tetapi di Malaysia, kami mahu menjadi 75 peratus menjelang 2025.

"Hanya dalam masa beberapa tahun, menjelang 2025, 75 peratus daripada jualan kami akan datang daripada kereta elektrik," katanya.

Buat masa ini, VCM memiliki  dua model EV penuh iaitu  C40 dan XC40 Recharge Pure Electric.

Kedua-dua model ini dipasang secara tempatan di kilang Volvo Car Manufacturing Malaysia yang terletak di Shah Alam.


Sempena pelancaran Volvo C40 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur, Frump mengumumkan bahawa pihaknya kini  menawarkan platform jualan atas talian Volvo di Malaysia.

Menerusi platform ini, para pelanggan boleh membuat tempahan dan membuat bayaran secara dalam talian.

Ini bermakna, semua urusan pembelian kereta Volvo boleh dibuat hanya di hujung jari.


Tag:

volvocarmalaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu

Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu

Volvo Car Malaysia terus mencatatkan rekod prestasi jualan yang cukup memberangsangkan apabila melabuhkan tirai tahun 2022 dengan menjual sejumlah 3,194 model keretanya.

09-01-2023
Kereta Baru
Volvo XC40 B5 Ultimate, Harga RM268,888

Volvo XC40 B5 Ultimate, Harga RM268,888

Volvo Car Malaysia mengumumkan ketibaan XC40 B5 Ultimate yang ditawarkan dalam barisan model baharu untuk tahun 2023.

07-12-2022

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026