Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Belasungkawa Allahyarhamah Datuk Aishah Ahmad

Suhana Veru

Kongsi melalui


Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, meninggal dunia sebaik selesai mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah.

Difahamkan, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi (waktu Malaysia) di Jeddah, Arab Saudi.

Menurut sumber, jenazah Allayarhamah sedang diuruskan warisnya dan akan dikebumikan di Jeddah.

Untuk makluman, Allahyarhamah sepatutnya pulang ke tanah air pada hari esok namun terlebih dahulu telah dijemput Ilahi.

Pemergian Allayarhamah cukup dirasai ramai pihak terutamanya industri automatif dan rakan media.


Bagi penulis sendiri yang mengenali beliau hampir 10 tahun cukup terkejut dengan berita pemergian beliau, pagi tadi.

Sepanjang bergelar wartawan, apa sahaja yang soalan yang dilontarkan, beliau akan menjawab isu berkenaan dengan segera.

Tidak kira beliau berada dimana, tidak kira masa, kesemua soalan akan dijawab dengan sepantas mungkin walaupun ringkas kerana faham tugas media.

Allahyarhamah merupakan Presiden MAA sejak tahun 2000 sehingga kini.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan ketua Hal Ehwal Korporat di Sime Darby Motors dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd.

Setelah pencen kedua-dua jawatan itu, beliau menyandang jawatan Perunding Kanan di Hyundai -Sime Darby Motors.

Sehubungan itu, Caricarz.com merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Datuk Aishah Ahmad kepada keluarga.

Semoga Allah SWT ampuni dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.


Tag:

Malaysian Automotive Association (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan peningkatan jumlah volum industri (TIV) jualan kenderaan baharu Malaysia sebanyak 6.6%.

16-07-2024
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

Nantikan Kemunculan Semula KLIMS

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berhasrat untuk menganjurkan acara KL International Motor Show (KLIMS) pada tahun hadapan.

19-01-2023
Berita Auto

"Harga Kereta Tidak Naik Mendadak Sehingga 2025," Datuk Aishah

Harga kereta dijangka tidak akan secara ketara kerana kerajaan bersetuju mengekalkan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sehingga 2025.

19-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri

MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.

20-04-2026
Berita Auto

Evolusi Kereta Masa Depan, Lubang Jamban Dalam Kereta

Adakah Sudah Tiba Masanya Kereta Malaysia Ada Tandas Sendiri?

20-04-2026
Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026