Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAA Rekod Jualan Kereta Turun 4% Bulan Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyifatkan jumlah jualan kereta menyusut pada bulan lepas.

Berdasarkan rekod yang diperolehi, jumlah jualan kereta pada November menurun sebanyak 4.0 peratus kepada 71,908 unit .

Jika dibandingkan pada Oktober lalu, rekod jualan kereta mencecah kepada 74,896 unit. 

image.png

Bagaimanapun dari segi  volum industri keseluruhan (TIV) bulanan, ia  melebihi 70,000 unit pada tahun ini.

Menurut MAA, rekod jualan bulanan agak positif kerana angka jualan melepasi 70,000 unit yang dicatatkan pada November lalu.

“Ia adalah pencapaian ketiga tahun ini, selepas merekodkan pendaftaran tertinggi sebanyak 78,849 unit pada Mac.

image.png

"Biarpun, jualan November adalah 4.0 peratus lebih rendah daripada Oktober (74,896 unit), ia menyokong jualan bagi tempoh Januari hingga November kepada 718,748 unit, iaitu 12 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, pertumbuhan TIV dilihat agak kukuh pada bulan lepas kerana disokong oleh  segmen kenderaan penumpang.

“Ini kerana kebanyakan  pengeluar terus memenuhi pesanan tertunggak mereka.

image.png

Melihat kepada angka itu, maka MAA membuat kesimpulan dalam sebulan lagi sebelum melabuhkan tirai 2023,    TIV tahun ini akan melepasi rekod tertinggi dalam sejarah.

Untuk makluman, TIV pada bulan lalu adalah  720,658 unit,” katanya.

Sehubungan itu,  bagi Disember 2023, ramalan jualan MAA dijangka seperti paras November.

Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Jualan KERETA
Malaysian Automotive Association (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto
Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas

Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas

Nampaknya, industri automotif Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak 820,752 unit.

21-01-2026
Berita Auto
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto
Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!

Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!

MAA mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).

21-10-2025
EV
Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.

06-10-2025
Berita Auto
Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas

Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas

MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.

20-08-2025
Berita Auto
Harga Kereta  Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).

16-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026