Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] Gara-Gara GPS, Sindiket Curi Kereta Lama Untuk Jual Komponen Tumpas

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Seorang lelaki tempatan dan dua lagi individu lain berjaya diberkas oleh pihak polis kerana terlibat dalam sindiket curi model kenderaan lama. 


Penangkapan tersebut dibuat dalam serbuan berasingan pada 3 dan 4 Februari lalu di Kuala Lumpur dan Puchong Jaya. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setelah menerima laporan daripada seorang individu yang memaklumkan kehilangan lori milik sebuah syarikat di Mutiara Damansara, pihaknya membuat semakan terhadap pengesan kedudukan global (GPS) yang terdapat pada kenderaan tersebut, dan lori itu dikesan telah dibawa ke Pulau Pinang. 




“Bertindak atas maklumat, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 28 tahun ditahan dalam serbuan di Hentian Duta, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam pada 3 Februari lalu.


“Dalam serbuan itu, kami menemui sebuah Proton Wira dan sebuah van yang dilaporkan hilang di daerah ini pada Januari lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Barangan lain yang turut dirampas (Foto: HM)


“Modus operandi sindiket ini menyasarkan kenderaan model lama yang diserahkan kepada orang tengah untuk dileraikan bagi mendapatkan komponen yang dijual sebagai alat ganti.


“Kami percaya sindiket itu aktif melakukan kegiatan ini sejak Disember tahun lalu,” katanya.


Penahanan ketiga-tiga suspek itu berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan yang dilaporkan di daerah ini.



Senjata yang digunakan (Foto: HM)


“Semua suspek terbabit direman sehingga semalam mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.


“Ketiga-tiga suspek kemudian diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan kes curi kenderaan di daerah itu,” katanya.


Sumber: HM


Tag:

Proton Wira
lori
GPS
sindiket curi
sindiket curi kereta lama
kereta lama
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025
Berita Auto

Semakin Berani Remaja Sekarang, Ibu Bapa Diminta Jangan Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Tular satu klip video yang menunjukkan seorang pemandu Proton Wira menghimpit kereta peronda polis sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 bagi tujuan keselamatan.

10-09-2025
Berita Auto

Gara-Gara Gagal Potong Treler Di Garisan Kembar, Pemandu Proton Wira Maut

Sebuah treler yang membawa muatan lebih 900 tong gas terbalik selepas bertembung dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson semalam.

25-06-2025
Berita Auto

Penjenayah Guna Wira Culik Remaja Perempuan, Akhirnya Ditembak Mati

Seorang penjenayah yang menggunakan Proton Wira untuk menculik seorang remaja akhirnya ditembak mati.

14-04-2025
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Ledang, 2 Maut

Tiga orang maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan SUV di Kilometer (km) 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang.

25-01-2025
Berita Auto

Kereta Meletup Semasa Isi Minyak, Punca Kejadian Bangkit Kemarahan Netizen...

Seorang lelaki yang dipercayai ‘penyeludup minyak’ nyaris maut selepas kereta Proton Wira Aeroback miliknya meletup secara tiba-tiba.

20-05-2024
Berita Auto

Kayu Hempap 2 Kereta, Mujur Semua Dapat Lari

Dua buah keluarga sempat keluar menyelamatkan diri, sebaik kereta dinaiki mereka dihempap kayu terjatuh daripada sebuah lori .

22-06-2023
Berita Auto

VIDEO TULAR: Wanita Halang Kereta, Beraninya

Polis meminta wanita yang menghalang sebuah kereta Wira tampil membuat laporan polis.

24-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026