Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Kami Tidak Jual Kereta Murah," Itu Kata Presiden, CEO Perodua

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebut sahaja kereta Perodua, mungkin ada yang menganggap ia kereta murah? 


Namun Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin menegaskan pihaknya bukan pengeluar kereta yang menghasilkan kereta murah sebaliknya bernilai dan berbaloi untuk dimiliki.

Beliau berkata demikian kepada CariCarz.com ketika diminta mengulas mengenai kenyataan “We are not selling cheap cars but optimised cars” pada sidang akhbar majlis prebiu Perodua Axia 2023 Rabu lalu.


“Seperti sedia maklum, model-model yang dijual oleh Perodua adalah “kereta dengan kos yang dioptimakan”. Ini bermakna Perodua mahu memberikan lebih nilai, jadi kita cuba untuk memberikan spesifikasi yang terbaharu  tetapi pada harga yang berpatutan.

“Apa yang kita nak adalah kita bukan sekadar mahu menyediakan mobiliti tetapi menyediakan mobiliti dengan keselesaan, kesenangan dan terdapat kesemua perincian supaya rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi terkini dan memenuhi keperluan mobiliti,” ujarnya.


Sekadar info, Perodua Axia serba baharu yang tempahannya dibuka baru-baru ini, dijual pada harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit.

Model serba baharu Axia itu ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV, bagi menggantikan Axia sedia ada ketika ini yang sudah menamatkan pengeluaran pada Disember 2022.

Kesemua varian itu dilengkapi enjin satu liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White dan serta warna baharu, Coral Blue.


Gallery

Tag:

peroduaaxia2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

MIROS akan berjumpa dengan pihak PERODUA dalam masa terdekat ini.

02-05-2023
Berita Auto
MELAMPAU: Daihatsu Sanggup Tipu Ujian Keselamatan

MELAMPAU: Daihatsu Sanggup Tipu Ujian Keselamatan

:Daihatsu mengakui pihaknya sanggup melakukan penipuan dalam ujian keselamatan yang membabitkan 4 model kereta. Keselamatan,

29-04-2023
Berita Auto
Semakin Ramai Tempah Axia 2023, Perodua Sasar Tempahan 5,700 Sebulan

Semakin Ramai Tempah Axia 2023, Perodua Sasar Tempahan 5,700 Sebulan

Sejak tempahan Perodua Axia 2023 dibuka, sebanyak, 3,591 unit sudah ditempah setakat hari ini dimana varian SE dan AV mendapat tempahan paling tinggi.

08-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026