Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MOF, PLUS Bincang Penambahan Lorong Lebuh Raya Di Johor

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lebuhraya Utara-Selatan 


Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan dengan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) berkenaan permohonan kerajaan Johor untuk menambahkan lorong di Lebuhraya Utara-Selatan negeri ini.

 

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tujuan perbincangan itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada syarikat pengendali lebuhraya tersebut kerana  penambahan lorong ini telah diumumkan dalam manifesto pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

 

“Minggu ini saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak PLUS bagi membincangkan cadangan dibangkitkan kerajaan negeri Johor iaitu untuk menambah lorong antara Yong Peng hingga Johor Bahru.

 

“Ini juga merupakan permintaan ramai pihak bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang terus berlanjutan sejak sekian lama, khususnya pada waktu cuti atau musim perayaan.

 

“Laluan di Melaka dan Negeri Sembilan sudah dibesarkan menjadi enam dan lapan lorong, namun apabila tiba di Johor, hanya empat sahaja lorong sedangkan negeri ini memberi sumbangan besar terhadap pendapatan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Johor di Kota Iskandar, semalam.

 

Tambah beliau, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian, penambahan lorong ini adalah antara isu penting yang telah dibangkitkan kerajaan Johor selain kesesakan laluan di pintu masuk sempadan antara Johor dan Singapura.


Kesesakan pintu masuk utama  Johor-Singapura (Sumber: Astro Awani)

 

“Selain itu, MOF juga akan melihat beberapa isu yang menjadi kepentingan rakyat negeri ini termasuk pembinaan hospital, banjir yang kerap berlaku di beberapa daerah serta pembangunan dan penambahan sekolah-sekolah daif,” jelasnya.


Banjir di negeri Johor adalah antara isu penting yang dibincangkan (Sumber: Malaysia Gazette)

 

Sumber: Utusan

 

Tag:

MOF
PLUS
Lebuhraya Utara-Selatan
Menteri Kewangan
kementerian kewangan
PRU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

29-03-2024
Berita Auto

25-06-2023
Berita Auto

01-03-2023
Berita Auto

15-02-2023
Berita Auto

30-09-2022
Berita Auto

RON97 Naik Dua Sen Manakala, Harga RON95 Dan Diesel Kekal!

Harga runcit bagi petrol RON97 naik lagi dua sen kepada RM2.67 seliter bermula tengah malam ini.

16-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026