Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penggunaan Lesen Digital Buat Jalan Sesak? Ini Jawapan Pengarah JSPT

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Terfikir bagaimana situasi semasa  sekatan jalan raya (SJR) atau road block dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) digital? Tidakkah keadaan menjadi lebih sesak? Ini jawapan daripada  Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).


Pengarahnya,  CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, pihaknya menyokong dan menyambut baik pelaksanaan sistem digital yang diumumkan kerajaan. 


“Dalam proses interim, kita bagi peluang kepada masyarakat dan lebih kepada advokasi dahulu sehingga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakannya 100 peratus.


Baca: “Gagal Tunjuk Cukai Jalan Digital Kena Saman?” 6 Persoalan Cukai Jalan Digital Ini Terjawab




“Saya juga yakin pemeriksaan ketika sekatan jalan raya tidak terjejas. Sekiranya bermasalah, barulah semakan terperinci akan dibuat,” katanya kepada Sinar Ahad.


Tambah beliau, pihak polis akan sentiasa berkolaborasi dengan JPJ bagi penugasan dan penguatkuasaan.


Untuk pengetahuan orang ramai, JSPT melaksanakan penguatkuasaan melalui semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan QR Qode semakan nombor kenderaan menggunakan peralatan "Mobile Computerized On-Line Payment System" (MCOPS) yang dibekalkan. 


Sumber: Sinar Harian via Facebook PDRM


Baca: Ada Sebab Kenapa Kementerian Pengangkutan Guna Lesen Digital, Rupanya Boleh Jimat Sampai Berpuluh Juta

Tag:

Lesen Digital
Aplikasi MyJPJ
MyJPJ
mySIKAP
Mobile Computerised On-Line Payment System (MCOPS)
MCOPS
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
road block
sekatan jalan raya (SJR)
Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips
Cara Renew Lesen MyJPJ

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto
Scammer Hantar SMS Batalkan Lesen Memandu Untuk Perdaya Mangsa

Scammer Hantar SMS Batalkan Lesen Memandu Untuk Perdaya Mangsa

JPJ meminta orang ramai tidak terpedaya jika menerima SMS daripada MyJPJ.

05-03-2025
Berita Auto
Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula

Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula

Mangsa banjir tidak perlu ganti lesen atau geran rosak kerana semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ.

09-12-2024
Berita Auto
Perhatian Buat Pengguna MyJPJ, Anda Kini WAJIB Pula Daftar MyDigital ID, Apa Pula MyDigital ID?

Perhatian Buat Pengguna MyJPJ, Anda Kini WAJIB Pula Daftar MyDigital ID, Apa Pula MyDigital ID?

Rakyat Malaysia kini diwajibkan untuk mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ mulai 10 Oktober ini.

02-10-2024
Berita Auto
Ramai Suka Bayar Online, 12.7 Pengguna Sudah Muat Naik MyJPJ

Ramai Suka Bayar Online, 12.7 Pengguna Sudah Muat Naik MyJPJ

MyJPJ baru sahaja diperkenalkan pada Jun lalu.

15-08-2024
Berita Auto
Sijil Pemilikan Kenderaan Kini Dipaparkan Dalam Aplikasi MyJPJ

Sijil Pemilikan Kenderaan Kini Dipaparkan Dalam Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin hari semakin membuktikan keberkesanannya.

08-08-2024
Berita Auto
Aplikasi MyJPJ Kini Terima Pembayaran Melalui FPX

Aplikasi MyJPJ Kini Terima Pembayaran Melalui FPX

JPJ mengumumkan bahawa aplikasi mudah alih MyJPJ kini menerima pembayaran melalui FPX.

05-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026