Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Hilux GR Sport Nampak Sporty, Harga Pun Padu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selain tiga model GR, Toyota Malaysia turut memperkenalkan dua model kategori kelas GR Sport, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport di Litar Sepang Antarabangsa, Sepang, sebentar tadi.

Bagi Hilux GR Sport, ia disumbat dengan enjin 1G-FTV 2.8L empat silinder turbodiesel dimana ia mampu menghamburkan kuasa 204 PS dan tork 500 Nm.

Kesemua kuasanya dihantar pada kotak gear enam-kelajuan automatik dengan fungsi manual sequential dan sistem 4WD.

Apa yang cukup menarik ialah ia menawarkan talaan suspensi yang lebih sporty dengan adanya pemadanan penyerak hentak monotube serta pegas gegelung yang berbeza.


Mengenai bahagian dalamannya, ia dilihat bertemakan warna hitam manakala jahitannya pula berwarna merah.

Untuk tempat duduknya, penulis mendapati ia lebih sporty, selain kerusinya dibalut dengan material kulit .


Terdapat juga sulaman logo GR pada perehat kepala. Bagi bahagian papan pemukanya, ia dihiasi dengan skrin sesentuh untuk sistem infotainmen bersaiz X-inci dengan sokongan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara serta sistem pendingin hawa dengan liang penghembus untuk kabin belakang.


 Ciri -ciri keselamatan:

Tujuh beg udara

sistem kestabilan elektronik (VSC)

Isofix

Pemantau titik buta bersama amaran lintasan trafik belakang.

Sistem Pra Pelanggaran

Kawalan Pelayaran Radar Dinamik

Amaran Keluar Laluan

Ciri pembetulan arah stereng atau Yaw Stereng

Penderia parking belakang dengan kamera undur. 


Difahamkan, pembeli boleh memilih ciri  Pemantau Pandangn Panaromik (PVM) yang memberikan visual 360-darjah menerusi empat kamera yang dipadankan di sekeliling badan trak pikap ini.

Mengenai harganya, anda kena tahu  ia merupakan varian Hilux paling sporty dan paling tinggi dari segi spesifikasi untuk pasaran Malaysia, maka tidak hairanlah ia  dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM159,880.


Apapun, ia didatangkan dengan perlindungan waranti lima-tahun atau 150,000 kilometer.


Tag:

Toyota Hilux
GR Sport
Toyora Hilux GR Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
Global

24-02-2025
Global

02-01-2025
Global

27-09-2024
Kereta Baru

16-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026