- Berita
- Berita Auto
- Tular Gambar Kerbau Atas Kereta
Gambar seekor kerbau yang terlentang di atas sebuah kereta jenis Volkswagen menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.
Ada yang menyifatkan ia merupakan kejadian aneh dan ada juga yang mempersoalkan bagaimana ia boleh terlentang di atas kereta?
“Jatuh time dia terbang ke,” soal seorang pengguna Facebook, Romeo.
Bagaimanapun, pengguna media sosial lain menyifatkan kejadian itu bukan sesuatu yang boleh dibuat bahan jenaka.
“Pemandu masuk ICU manakala tuan kerbau tak dapat dikesan, mungkin kerbau liar,” tulisnya di Facebook.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria mengesahkan bahawa seorang wanita tidak sedarkan diri selepas kereta dinaiki bersama suami dan tiga anaknya dipercayai bertembung dengan seekor kerbau.
Kejadian itu berlaku berhampiran pasar borong di jalan Pasir Puteh-Tok Bali, Kelantan semalam.
“Insiden berlaku apabila kereta mereka melalui sebuah kawasan yang gelap lalu dikejutkan dengan kehadiran seekor kerbau.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan ketiga-tiga anak mengalami luka ringan manakala ibu mereka dimasukkan Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/