Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

UMW Toyota Motor Bakal Umum Sesuatu Esok? Nantikan..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tiada sebarang hadiah ditawarkan untuk meneka selebriti mana yang digunakan untuk mempromosikan sedan kompak segmen B, Toyota Vios 2023 yang mungkin akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

Bagi yang tidak mengetahui mengenai susuk tubuh lelaki tampan ini, dia ialah Sean Lee yang merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara dan pelakon lelaki yang sinonim dengan aksi komedi di Malaysia. 

Namun sudah pastinya, pembaca bukannya ingin mengetahui mengenai pelakon ini sebaliknya jentera berwarna merah di belakangnya.


Beberapa imej Toyota Vios 2023 sudah pun bocor secara tidak sengaja di internet selepas mendapati  Sean Lee  berada dalam penggambaran komersial untuk mempromosikan Toyota Vios 2023.

Bagaimanapun, foto yang disiarkan oleh Sean Lee di halaman Instagramnya sudah pun dipadamkan.


Begitupun, imej itu dilihat lebih kurang dengan teaser 'Defy' yang didedahkan' baru-baru.

Ia direka untuk menjadi pejuang buat sedan segmen B baharu yang akan bersaing dengan Nissan Almera dan Honda City.

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini juga, kami dapat membuat andaian bahawa  Vios generasi baharu ini akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA sama seperti  Perodua Axia, Alza, Ativa dan Toyota Veloz baharu.


Buat masa ini, spesifikasi mekanikal menjadi topik hangat namun kami pasti ia berkemungkinan besar akan menerima enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan D-CVT.

Ada juga khabar angin yang sedang bertiup kencang bahawa UMW Toyota Motor akan  menawarkan pilihan hibrid untuk model Toyota Vios 2023 ini.

Walaupun kami belum mempunyai angka yang tepat, kami boleh menjangkakan Vios baharu akan menerima saiz yang lebar besar berbanding pendahulunya.

Berdasarkan foto yang bocor itu, kita boleh melihat bahawa Vios baharu ini sarat dengan ciri premium untuk dipadankan dengan gayanya yang kini seperti fastback.

Selain itu, roda aloinya didatangkan dengan dua tona sporty, lampu hadapan, belakang jenis LED dan terdapat juga lampu nyalaan siang.

Beberapa ciri penambahbaikan dilihat akan dilakukan termasuk menawarkan bantuan pemandu aktif/separa autonomi (ADAS) seperti maklumat dan amaran titik buta (BSM), amaran pelanggaran hadapan (FCW) dan brek kecemasan autonomi (AEB), serta amaran keluar lorong (LDW) dan sistem bantu kekal laluan (LKAS).

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi UMW Toyota Motor yang mungkin akan dibuat pada hari esok!


Gallery

Tag:

UMW Toyota
DNGA
2023 Toyota Vios
UMW Toyota Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-08-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

09-06-2023
Berita Auto

09-05-2023
Berita Auto

06-04-2023
Berita Auto

19-03-2023
Berita Auto

13-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026