Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Acara Kustom & Counter Culture terbesar Malaysia, Art of Speed, kembali menggegarkan negara pada tahun ini dengan lebih banyak acara menarik


Art of Speed edisi tahun 2023 (AOS 2023) akan berlangsung pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).


Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berucap semasa sidang media yang diadakan hari ini


Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berkata, “Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”


AKTIVITI SEPANJANG ACARA ART OF SPEED 2023


Kali ini acara AOS 2023 dimeriahkan dengan pelbagai lagi aktiviti dan pameran menarik yang dapat memukau pengunjung yang datang bersama keluarga. Berikut adalah senarai aktiviti terbaharu yang bakal diadakan:


  • Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”: Pertunjukan aksi motosikal oleh penunggang profesional serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia.

  • Hot Wheels Collector Convention: Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi. Turut diadakan, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia.

  • Hot Wheels Legends Tour: Pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia.  Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan diadakan di AOS 2023.




Aktiviti menarik lain:

  • Pesta NEAT: Paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.

  • Off The Grid: "Gaya hidup outdoor" yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.

  • Hail Vintage: Pameran koleksi vintaj bertema muzik yang menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.

  • Kustom & Koffee Talk: Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri pengayuhan basikal dan automobil.

  • Show & Shine: Pameran kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti.

  • Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania

  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.

  • Streetware Con - pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D

  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour

  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG 

  • Automotive Flea Market

  • Pelancaran produk di pentas

  • Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain)


Turut akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana ialah SoundCircus Festival dengan barisan persembahan yang akan diumumkan tidak lama lagi. Namun, festival ini hanya untuk mereka berumur 16 tahun dan ke atas.


BARISAN TETAMU KOMUNITI KUSTOM & MEDIA ANTARABANGSA 


  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun 

  • Cycle Zombies; Amerika Syarikat

  • V-Twin Visionary; Amerika Syarikat

  • Wild Road Choppers; Jepun

  • Cosmic Chopper City; Jepun

  • Geoff dari Return of Cafe Racer; Amerika Syarikat

  • Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun

  • Side Yakotani; Jepun

  • Hopping Shower; Jepun

  • Boopin; Jepun

  • Ken Flat Top; Jepun

  • Jetwrench_artstudio; Jepun

  • Vondutch; Indonesia

  • Ya Seat; Thailand



INFORMASI PENTING ACARA ART OF SPEED 2023


Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).


Tarikh: 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) 


Harga tiket:

  • Pas hujung minggu: RM35.00

  • Pas Speed Lane: RM60.00

  • Kemasukan Percuma: Kanak-kanak bawah 12 tahun & pemegang pas OKU

  • Pas Kombo SoundCircus Festival + Hujung Minggu akan diumumkan


Untuk permohonan Vendor & Korporat, anda boleh menghubungi Rafiq di talian +6012 2620 405. Maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/ 











Tag:

AOS2023
Art of Speed
Art of Speed 2023
festival
Festival Permotoran
Festival Automotif
Festival Kustom
Kustom & Counter Culture
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
MAEPS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

28-07-2025
Gaya Hidup

03-07-2025
Berita Auto

29-07-2024
Gaya Hidup

28-08-2023
Gaya Hidup

16-08-2023
Berita Auto

29-07-2023
Gaya Hidup

29-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026