Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Aston Martin Vantage F1 Edition, Harga RM978K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Aston Martin Kuala Lumpur (AMKL) secara rasminya melancarkan Vantage F1 Edition ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Apa yang menarik, Vantage F1 Edition ialah varian pengeluaran paling berorientasikan trek dan dihasilkan untuk meraikan pengembalian Aston Martin ke sukan lumba Formula Satu (F1).

Secara rasminya Vantage antara jentera paling berkuasa setakat ini, dimana ia disumbat dengan enjin 4.0 liter turbo berkembar V8.


Ia mampu menghasilkan kuasa setinggi  5278hp dan tork 685Nm @ 2,000-5,000rpm iaitu lebih 25 hp  berbanding Vantage standard.

Trenkuasa V8 ini dipadankan dengan kotak gear manual 8-kelajuan. 

Kuasanya  dioptimumkan untuk potongan tork semasa penukaran gear, mengurangkan masa tukar gear dan meningkatkan rasa kawalan tepat.


Secara standard, Aston Martin Vantage ini dipasangkan dengan rim bersaiz 21 inci dengan balutan tayar Pirelli.

Ia dilihat agak sporty kerana ia menerima penambaikan aerodinamik.

Sementara itu, kit aerodinamik yang terdiri daripada splitter depan, dive plane hadapan, underbody turning vane dan sayap belakang pada model ini dikatakan mampu untuk menambah daya turun sehingga 200 kg pada kelajuan tertinggi.


Untuk itu, ia dapat mengoptimasikan keseimbangan keseluruhan jentera.

Bahagian kabin pula, ia menggunakan bahan upholsteri Obsidian Black Leather dan Phantom Grey Alcantara.


Ia kemudian diikuti dengan pilihan warna jahitan dan jalur kontras yang terdiri daripada Lime Green, Obsidian Black, Titanium Grey atau Spicy Red.

Terdapat juga skrin infotainmen manakala susun atur tombol gear dilihat cukup menarik dan tertera logo F1 Edition.

Bagi yang berminat, Aston Martin Vantage F1 Edition  dijual pada harga bermula dari RM978,000.

Bagaimanapun, harga ini tidak termasuk cukai, duti dan opsyen.


Gallery

Tag:

aston martin f1 team
aston martin vintage
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026