Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jazeman Sedia Beraksi Perlumbaan Sulung 12 Jam Sepang Pada Minggu Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pelumba kereta terkenal negara, Jazeman Jaafar akan menyertai Perlumbaan 12 Jam Sepang (S12H) di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) pada  hujung minggu ini.

Jazeman akan mewakili pasukan Viper Niza Racing yang dianggotai anak tempatan sepenuhnya dan akan berganding dengan pelumba, Douglas Khoo dan Dominic Ang.


Mengulas mengenai penyertaannya dalam perlumbaan itu, Jazeman berkata, beliau cukup teruja dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pasukan yang sangat disegani.

Malah, beliau turut teruja kerana buat julung kalinya, berpeluang berlumba dengan menggunakan jentera Aston Martin.


“Ia merupakan satu penghormatan dan diberi keistimewaan untuk bertanding dalam acara berprestij ini bersama pasukan berkenaan.

“Kami akan memandu sebuah Aston Martin Vantage GT3 yang baharu dibina untuk Perlumbaan 12 jam Sepang. Saya tidak sabar untuk menguji kereta itu dan berkongsi maklum balas dengan pasukan untuk membuat pelarasan dan talaan pada kereta itu serta strategi perlumbaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Malah, beliau turut mengakui bahawa perlumbaan itu akan menjadi mencabar.

“Saya menjangkakan pertandingan yang amat sengit, memandangkan ia satu perlumbaan berprestij tetapi kami akan bersedia untuk memberikan yang terbaik dan membanggakan Malaysia,” tambahnya.

Untuk makluman, Viper Niza Racing  diasaskan pada tahun  2009 sebagai Niza Racing.


Ia merupakan sebuah pasukan lumba kereta Malaysia yang berpangkalan di Shah Alam itu menyertai perlumbaan Siri Asia TCR, Siri Le Mans Asia dan Siri Super Thailand.

Perlumbaan ini kali terakhir diadakan pada tahun 2016. Buat tahun ini, ia akan diadakan bermula 16 hingga 18 Mac ini.

Gallery

Tag:

Aston Martin Racing Team Viper Niza
Viper Niza Racing
Jazeman Jaafar
Aston Martin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jazeman Jaafar Bawa Inisiatif TTAP Ke Peringkat Dunia Melalui Kolaborasi Dengan Bosch

Memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Persona Energy dan Bosch Engineering Japan bagi melancarkan program baharu, TTAP Bosch Xcelerator.

02-07-2025
Berita Auto

MAS 2025: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours

MAS 2025 turut menjadi pentas penting bagi pelumba profesional, Jazeman Jaafar, membuat pengumuman mengenai perancangannya dalam arena sukan permotoran tahun ini.

13-05-2025
Berita Auto

Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Jazeman bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini.

02-05-2025
Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global

Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!

Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.

03-09-2024
Global

Aston Martin Buruk Ditemui Dalam Bangsal Dijual Lebih RM1 Juta? Ini Sebabnya...

Aston Martin DB4 yang ditemukan dalam keadaan usang di dalam sebuah bangsal bakal dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta).

06-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026