- Berita
- EV
- Johor Akan Wujudkan Mekanisme Galak Penggunaan EV

Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan mekanisme bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negeri tersebut. Tindakan ini selaras dengan inisiatif Singapura yang akan menghentikan pendafataran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2030.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata idea untuk mewujudkan mekanisme tersebut lahir daripada sesi lawatan rasminya ke republik itu pada bulan Februari.
![]()
"Johor tidak boleh elak, bermaksud Johor ada perancangan untuk usahama dengan PBT-PBT (pihak berkuasa tempatan).
Baca: Ini Garis Panduan Pemasangan Pengecas EV Di Parkir, Larangan Di Beberapa Lokasi – KPKT
"Saya bincang dengan Tan Sri SUK (Setiausaha Kerajaan) untuk wujud satu mekanisme teratur melibatkan industri yang mempunyai punca kuasa meluluskan inisiatif untuk tahun-tahun akan datang," kata Onn Hafiz ketika sesi Persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri.
Dalam perkembangan lain, cadangan untuk menambah perkhidmatan feri Johor-Singapura turut sedang diteliti kerajaan negeri.
Sumber: RTM

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv