Link Copiedcheck_circle
Global

Kereta ICE Diharamkan Tahun 2035, Kecuali ICE Dengan E-Bahan Api – Kesatuan Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kesatuan Eropah akhirnya meluluskan pengharaman jualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) 2035 dengan pengecualian khas kepada kenderaan ICE yang menggunakan e-bahan api. Rang undang-undang tersebut akhirnya diluluskan selepas menghadapi kelewatan ekoran bantahan daripada negara Jerman bersama pakatannya dengan beberapa negara Eropah lain. 


Dengan ini, penjualan kereta ICE diharamkan sepenuhnya mulai 2035 dan seterusnya, bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon di benua Eropah sebanyak 100% bagi semua kenderaan baharu yang dijual. 




Sebelum ketibaan tahun 2035, penjualan kenderaan ICE baharu akan dihentikan secara beransuran, dengan sasaran awal untuk  mengurangkan penjualannya sehingga 55% menjelang akhir dekad ini.


Bagaimanapun, pengecualian khas diberikan kepada pengeluar volum rendah dengan kurang daripada 1,000 unit dihantar setiap tahun. Selain itu, pengecualian khas turut diberikan kepada kenderaan yang dikuasakan oleh e-bahan api neutral karbon.


Pengecualian baharu ini adalah hasil gerakan pakatan yang menentang pengharaman ICE, diterajui oleh Jerman dan Itali, dengan kebanyakan ahlinya terdiri daripada negara Eropah Tengah dan Timur seperti Poland, Republik Czech, Slovakia, Romania dan Hungary. Perikatan yang sama juga menyebabkan kelewatan pengundian akhir rang undang-undang ini, yang sepatutnya berlangsung awal bulan ini.


Mengulas mengenai peristiwa penting ini, Menteri Pengangkutan Jerman, Volker Wissing berkata perjanjian baharu ini akan "membuka pilihan penting kepada populasi ke arah mobiliti neutral iklim dan mampu milik."



Menteri Pengangkutan Jerman, Volker Wissing


Beliau turut berkongsi satu ciapan di Twitter, “Kenderaan dengan enjin pembakaran juga boleh didaftarkan selepas tahun 2035 sekiranya hanya menggunakan bahan api neutral CO2.”




Pengecualian khas yang diberikan ini merupakan satu berita baik bagi syarikat pengeluar kereta mewah sepertI Ferrari, Lamborghini, dan Porsche.


Namun, bukan semua menyambut keputusan ini dengan baik, terutamanya aktivis alam sekitar. Dalam temu bual khas dengan Euronews, Pegawai Dasar Pengangkutan dan Alam Sekitar untuk Persekutuan Eropah, Carlo Tritto berkata bahawa pengeluaran e-bahan api adalah "sangat tidak cekap" dan memerlukan "sehingga lima kali lebih tenaga daripada kenderaan elektrik."



Pegawai Dasar Pengangkutan dan Alam Sekitar untuk Persekutuan Eropah, Carlo Tritto


Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi Volkswagen, Thomas Schafer juga pernah mengulas mengenai perkara ini dengan berkata bahawa penggunaan e-bahan api akan mewujudkan “bunyi bising yang tidak perlu.” 


Ketua Pegawai Operasi Volkswagen, Thomas Schafer


Volkswagen merancang untuk menamatkan pengeluaran kenderaan ICE sepenuhnya menjelang tahun 2033. Tambah beliau, "Kenapa mengeluarkan belanja yang banyak untuk teknologi lama yang tidak memberi apa-apa faedah?”




Untuk memudahkan peralihan secara beransur-ansur ke arah pelepasan karbon sifar, Parlimen dan Majlis EU juga telah mencapai satu lagi persetujuan iaitu untuk meningkatkan dan mengembangkan rangkaian pengecasan EV awam dan stesen pengisian hidrogen.





Tag:

e-bahan api
e-fuel
Kesatuan Eropah
Kesatuan Eropah (EU)
Rang undang-undang
Menteri Pengangkutan Jerman
Pegawai Dasar Pengangkutan dan Alam Sekitar untuk Persekutuan Eropah
Ketua Pegawai Operasi Volkswagen
Parlimen dan Majlis EU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025