Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Rosak, Wajib Lakukan Ini..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perhatian buat semua pemilik, tidak kira  kereta, bas atau lori.

Jangan sesekali membiarkan kenderaan rosak dibiarkan begitu sahaja tanpa meletakkan sebarang papan atau kon amaran.

Malah, jika anda berhenti di bahu jalan, pastikan anda meletakkan kon amaran sebagai bagi membolehkan pemandu dari arah belakang mengambil sikap berjaga-jaga.

Jika anda tidak meletakan sebaran kon, perbuatan itu sebenarnya boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain terutama penunggang motosikal.

Untuk itu, waris si mati layak membuat tuntutan sivil dimana mereka  boleh menuntut tuntutan untuk kedukacitaan (bereavement) sehingga RM30,000 berbanding RM10,000 sebelum ini.

Perkara itu didedahkan seorang peguam Khairul Naim Rafidi kepada akhbar Kosmo! baru-baru ini.

Mungkin, ramai waris yang tidak tahu mengenai perkara ini, jadi Khairul tampil untuk mendedahkan mengenai tuntutan sivil berkenaan.


Menurut beliau,  setiap pengguna jalan raya mempunyai kewajipan untuk berjaga-jaga (duty of care).

Kalau ikut situasi iaitu ken¬deraan yang rosak atau berhenti di tepi jalan tanpa meletakkan sebarang kon, itu bermaksud ada kesalahan kerana cuai dan berbahaya.

“Jadi keluarga si mati sebenarnya boleh membuat tuntutan sehingga RM30,000,” katanya. 

Difahamkan, tuntutan ganti rugi perlu dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah Akta Had Masa 1953 (Akta 254) dan Akta Undang-Undang Sivil.

“Jika tidak melibatkan kematian adalah enam tahun dari tarikh kemalangan. Bagi kematian dalam tempoh tiga tahun dengan kes boleh dibuat dan dituntut melalui wakil simati/pentadbir harta pusaka simati.

“Jika melibatkan pihak kerajaan pula adalah tiga tahun dari tarikh kemalangan,” ujarnya.


Ingat jika kenderaan rosak atau terpaksa berhenti di tepi jalan, pastikan anda meletakkan segi tiga amaran (warning triangle kit) kira-kira 45 meter dari arah belakang kereta anda.

Untuk makluman, tanda amaran ini berfungsi untuk memberi amaran ada kecemasan atau kerosakan di hadapan kepada pemandu lain, dan membolehkan pemandu lain untuk memperlahankan kenderaan dan berjaga-jaga, atau bertindak jika perlu.


Gallery

Tag:

kon amaran
kereta rosak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026