Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen Golf GTI 2023 Versi CKD Kini Dengan ADAS, Harga RM246K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah mengumumkan kehadiran Volkswagen Golf GTI Mk 8 versi CKD yang telah diberikan penambahbaikan. Model keluaran 2023 yang dipasang di Pekan, Pahang, kali ini lengkap dengan pakej bantuan pemandu (ADAS) aktif,  IQ.Drive Volkswagen


Menurut VPCM, pakej IQ.Drive ini terdiri daripada sensor optikal dan radar yang membantu fungsi sistem keselamatan lain iaitu Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), serta Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKAS). 


VCPM turut memaklumkan penambahan kelengkapan baharu, lampu kabus, yang kini dipasangkan pada bampar hadapan dalam corak sarang lebah – ciri eksklusif Golf GTI generasi kelapan. Ini semestinya satu berita yang menggembirakan ramai peminat model ini yang kecewa dengan versi pertamanya yang dilancarkan tahun lalu kerana ketiadaan ciri tersebut.




Bergerak ke bahagian dalam, VPCM telah menambah ciri baharu seperti pad pengecas tanpa wayar. Selain itu, tempat duduk model ini turut diperbaharui, kali ini dalam balutan kulit baharu bersama sulaman logo GTI pada tempat duduk barisan hadapan. 


Tiada perubahan dibuat dari sudut mekanikal. Model ini masih memiliki output kuasa yang sama, 242 hp/370 Nm hasil janaan enjin 4-silinder 2.0L kereta. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi dwi-klac DSG 7-kelajuan, membolehkan kenderaan melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Purata penggunaan bahan apinya ialah 7.4L/100 km, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian. 




Dengan beberapa penambahan ciri baharu pada Golf GTI Mk8 kali ini, sudah pasti harganya turut berubah. Tidak termasuk insurans, model yang telah dikemaskini ini dijual pada harga RM246,012 atau RM19,000 lebih tinggi berbanding keluaran sebelumnya yang ditawarkan pada harga RM227,012. Pembelian termasuk perlindungan selama 5 tahun, tanpa had perjalanan dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.




PEMBERHENTIAN JUALAN GOLF R-LINE




Selain penambahan ciri baharu pada Golf GTI, barisan hatchback Golf generasi kelapan ini turut menerima perubahan dengan penyingkiran varian Golf R-Line. Syarikat tidak mendedahkan punca pemberhentian jualan varian ini, namun berkemungkinan ia disebabkan oleh prestasi jualannya yang tidak begitu memberangsangkan. Model yang turut dipasang di Pekan, Pahang ini ditawarkan pada harga RM170,560 tanpa insurans sewaktu dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu. 




Buat masa ini, Golf R masih lagi dijual melalui laman web VPCM pada harga jualan RM431,162, atas jalan tanpa insurans. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) ini walau bagaimanapun tidak dilengkapkan dengan teknologi ADAS. Dari segi prestasi, output maksimumnya ialah 320 hp/420 Nm, pacuan semua roda, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.8 saat. 



Tag:

#Volkswagen
Golf R Line
Volkswagen Golf GTI
Golf GTI Mk 8
Volkswagen and Passenger Cars Malaysia (VPCM)
VPCM
IQ.Drive
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

28-01-2025
Global

15-01-2025
EV

16-03-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
Berita Auto

11-03-2024
EV

23-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026