Link Copiedcheck_circle
EV

Lexus RZ Dilancar Di Thailand, ROI Sudah Dibuka Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Lexus RZ 450e dilancarkan sempena pameran Bangkok International Motor Show (BIMS 2023) yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

SUV elektrik ini dikatakan bakal bersaing dengan seterunya seperti Mercedes-Benz EQA dan BMW iX3 di pasaran kelak.

Apapun, Singapura merupakan negara ASEAN pertama yang melancarkan Lexus RZ ini.


Spesifikasi Thailand ini disumbat dengan sistem pacuan semua roda DIRECT4 dan dua motor elektrik.

Ini bermakna motor dihadapan boleh menghamburkan kuasa setinggi 201 hp dan tork 265Nm manakala motor belakang (107hp dan tork 107Nm).


Semua sekali, RZ 450e  boleh menghamburkan kuasa 308hp dan tork 435Nm. 


Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 5.3 saat manakala kelajuan tertinggi pula tidaklah segah mana kerana kuasa elektriknya  hadkan secara elektronik pada 160 km/j. 

Begitupun, tetapan dua motor ini yang mengandungi bateri litium-ion (Li-Ion) dengan kapasiti 71.4 kWj, mampu memberikan jarak gerak 470 km mengikut piawaian WLTP.


Mengenai pengecasan pula,  ia mengambil masa 6.5 jam jika pmenggunakan AC pada maksimum 11 kW, manakala pengecasan pantas 150 kW DC (Jenis 2) boleh membawa bateri dari 0-80% dalam masa setengah jam sahaja.

Secara visual, RZ menggunakan reka bentuk yang sama seperti mana-mana model Lexus baharu yang lain.

Menjengah bahagian luaran, ia digandingkan dengan lampu LED dengan fungsi lampu suluh tinggi manakala lampu nyalaan siang pula berbentuk -. serta kaca akustik di sisi dan belakang.

Yang pelik, Lexus elektrik ini tidak dilengkapi dengan gril di bahagian hadapan


Di bahagian sisinya pula, RZ ini bergolek dengan rim 18-inci manakala varian Premium pula disempurnakan dengan dengan rim aloi 20-inci.


RZ juga menampilkan siluet yang agak sporty memandangkan garis bumbung yang rendah dan condong serta trim hitamnya membuatkan ia lebih menyerlah.


Sementara itu, kabin RZ dilengkapi dengan ciri yang agak moden manakala bahagian papan pemukanya dihiasi dengan skrin sentuh infotainmen bersaiz 14-inci dengan sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Ia juga dilengkapi dengan sistem bunyi Lexus Premium Audio 10 pembesar suara, sistem pencahayaan ambien manakala material tempat duduk didatangkan dua pilihan warna: Hazel atau  Grayscale.

Selain itu, terdapat juga kluster instrumen digital 8-inci, kamera pandangan belekang dan juga sistem Bantuan Termaju (ADAS).


Lexus RZ didapati dalam enam pilihan warna: Sonic Quartz, Sonic Chrome, Sonic Iridium, Graphite Black Glass Flake, Sonic Copper dan  Aether Metallic.

Lexus RZ spesifikasi Thailand RZ ditawarkan bermula dari 3.87 juta bhat (RM 501k) Luxury manakala  varian Premium bermula dari 4.19 juta bhat (RM 543k).

Dengar cerita,  Lexus RZ bakal dilancarkan di Malaysia dengan pendaftaran minat (ROI) telah dibuka sejak sekian lama

Gallery

Tag:

2023 Lexus RZ 450e
Lexus Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha