Link Copiedcheck_circle
EV

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Selepas kemasukan dua jenama kenderaan elektrik (EV) China, GWM dan BYD, pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari republik tersebut, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.




Jenama ini diasaskan bersama pada tahun 2014 oleh Beijing Sinohytec and Zhejiang Yangtze Delta Region Institute of Tsinghua University sebagai jenama kereta elektrik penuh yang berpangkalan di  Zhejiang, China.


Pada tahun 2019, Hozon Auto membuka Pusat Penyelidikan Kenderaan Autonomi di California dan sebuah Pusat Reka Bentuk di Beijing, China. 





Sebelum itu, Hozon Auto telah membangunkan kenderaan konsep pertamanya pada tahun 2017 yang diberi nama ‘@’. Bermula dari SUV konsep yang dihasilkan ini, jenama Neta ditubuhan dan model pertama, Neta 01, dilancarkan di China pada tahun 2018. 




Kini, Hozon Auto melalui jenama Neta menawarkan tiga model yang kini dipasarkan di negara China iaitu Neta S, Neta U-II dan Neta V – ketiga-tiganya dalam bentuk badan SUV crossover.


Syarikat tersebut telah melancarkan laman web rasmi, media sosial (FB, IG dan Twitter) khas bagi pasaran Malaysia. Model yang dipaparkan pada setiap platform buat masa ini ialah Neta V. 




Berkemungkinan besar, ini menandakan Neta V bakal dilancarkan terlebih dahulu berbanding model lain untuk pasaran negara ini tidak lama lagi. Untuk maklumat pembaca, Neta V telah pun dipasarkan di negara Thailand. EV ini menggunakan pek bateri litium-ion 38.5 kWh yang menyalurkan kuasa kepada motor yang dipasang pada bahagian hadapan dengan output 94 hp (70 kW)/150 Nm. Kereta boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 384 km (NEDC) dan melakukan pecutan 0-150 km/j dalam masa hanya 3.9 saat. Kelajuan tertinggi yang boleh dicapai ialah 101 km/j. 




Dari segi pengecasan, Neta V boleh menerima input pengecas jenis AC (Jenis 2) 6.6 kW dan pengecas pantas DC 100 kW. Tempoh masa yang diambil dengan menggunakan input AC adalah kira-kira 8 jam, manakala DC pula boleh menjanjikan pengecasan 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Model ini turut boleh digunakan sebagai pengecas peranti lain atau ciri kenderaan-kepada-beban (V2L) dengan output maksimum 3.3 kW. 


Dari segi dimensi kenderaan, Neta V lebih kecil berbanding hatchback Toyota Yaris dengan ukuran 4,070 mm panjang, 1,690 mm lebar, 1,540 mm tinggi, dan 2,420 mm jarak antara roda. 


Berdasarkan saiz, spesifikasi trenkuasa yang digunakan serta jarak perjalanan yang mampu ditempuhinya dengan cas penuh, Neta V sesuai untuk kegunaan bandar seperti EV GWM Ora Good Cat dan model hatchback yang bakal dilancarkan BYD Dolphin.


Spesifikasi Neta V Thailand


Neta V spesifikasi Thailand dilengkapkan dengan rim aloi 16 inci, lampu nyaalan siang (DRL) dan lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dengan sistem ‘Ride & Go,’ paparan instrumen digital 12 inci, sistem infotainmen berskrin sentuh 14.6 inci dengan paparan kamera undur, sistem audio enam speaker, tempat duduk hadapan boleh laras secara automatik, brek parkir elektronik (EPB), kawalan jelajah dan upholsteri kulit faux. 




Neta V tidak disediakan dengan  sebarang teknologi bantuan pemandu (ADAS), namun ia dilengkapkan dengan dua beg udara, ciri brek pegun automatik, bantuan mula-daki, pemantau tekanan tayar serta pakej kawalan jelajah pasif. Harga jualannya di pasaran Thailand ialah THB549,000 (kira-kira RM71,000). 


Pelancaran Neta V Di Malaysia




Setakat ini, jenama tersebut masih belum mendedahkan bilakah tarikh pelancaran rasmi model ini di Malaysia. Buat masa ini juga, syarikat yang menjadi pengedar rasminya masih belum diumumkan, dan kami yakin pengumuman ini akan dibuat tidak lama lagi.


Apakah pendapat anda mengenai model EV ‘berpatutan’ baharu yang bakal dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. 



Tag:

NETA
EV China
Kenderaan Elektrik
Kereta Elektrik
Hozon Auto New Energy Automobile Co. Ltd.
Hozon Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Global
EV

12-01-2024
Global
EV

08-08-2024

Berita Terkini

EV
JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV
Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV
Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV
eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025
EV
Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025