Link Copiedcheck_circle
EV

Nissan Dedah Projek Prototaip GT-R R32 Versi EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Restomod kenderaan lama kepada sebuah kenderaan elektrik (EV) merupakan salah satu projek modifikasi yang banyak dilakukan di mana kenderaan klasik diberikan nafas baharu dengan trenkuasa elektrik. Projek yang telah menjadi satu fenomena dalam kalangan komuniti modifikasi kereta kini turut mula dilakukan oleh syarikat pengeluar kereta.


Baru-baru ini, Nissan telah mendedahkan projek baharu membabitkan Skyline GT-R. Nissan Japan melalui Twitter rasminya telah berkongsi satu video acah pendek yang menunjukkan sebuah projek prototaip EV menggunakan Skyline GT-R R32 dengan nama R32 EV.


Klip tersebut mendedahkan bahawa projek “Godzilla”  elektrifikasi itu masih di peringkat awal.


Selain video pendek tersebut, Nissan Japan turut menyediakan sebuah laman khas bagi projek tersebut melalui laman web rasminya di mana pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai EV R32. Info tambahan dan lebih imej atau video acah akan dikongsikan dari semasa ke semasa. 




Sebelum ini, Nissan pernah mengumumkan perancangannya untuk melancarkan GT-R versi elektrik di bawah subjenama NISMO – jenama prestasi Nissan.


Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Pegawai Operasi NISMO Nissan,  Takao Katagiri berkata, syarikat akan memperkenalkan “sebuah model yang menarik,” yang turut akan ditawarkan di pasaran UK. 




“Rantau ini [UK] begitu istimewa untuk kami, terutamanya bagi kereta prestasi. Apa yang saya boleh katakan, nantikannya. Kami akan memperkenalkan sebuah model yang menarik untuk pasaran UK di bawah jenama NISMO,” katanya.


Selain itu, Nissan juga merancang untuk menghidupkan semula nama Skyline dalam bentuk crossover EV yang dihasilkan berdasarkan SUV Nissan Ariya. 


Tag:

Nissan GT-R
GT-R
Nissan
Nissan Japan
Nissan Skyline R32
Skyline
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

27-08-2025
Global

18-06-2024
EV

12-06-2024
Global

04-06-2024
Global

17-03-2024
Global

14-03-2024
Global

11-03-2024
Global

20-12-2023

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026