- Berita
- EV
- Pengganti Nissan GT-R Berkuasa Elektrik & Hibrid? Ini Kata CEO Nismo...

Khabarnya Nissan akan melancarkan kereta sport versi elektrik sebelum penghujung dekad ini. Dalam satu sesi temubual bersama media UK, Autocar, Ketua Pegawai Eksekutif Nismo, Takao Katagiri berkata Nissan bercadang untuk menghasilkan sebuah kereta sport dalam versi hibrid dan juga versi yang dikuasakan oleh tenaga elektrik (EV).

Ketua Pegawai Eksekutif Nismo, Takao Katagiri
Persoalan sama ada kedua-dua versi trenkuasa model prestasi Nissan ini akan dilancarkan pada masa yang sama masih belum didedahkan lagi. Walau bagaimanapun, Takao memberikan gambaran bahawa model baharu yang menjadi pengganti Nissan GT-R akan diperkenalkan menjelang tahun 2030 nanti.

Sebelum ini, Nissan pernah mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan bateri keadaan-pepejal pada tahun 2028, namun ini tidak bermakna Nissan akan turut melancarkan EV pada masa yang sama.

Takao turut mendedahkan bahawa model baharu ini nanti pada awalnya akan dikeluarkan di negara Jepun sebelum mula memasuki pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: GNR menggunakan Nissan GT-R untuk penghantaran organ manusia
Baca: Nissan GT-R NISMO 2022
Baca: Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT
Baca: Nissan GT-R 2023 Dilancarkan Di AS Dengan Harga Dari RM500K
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
