- Berita
- Kereta Baru
- Pelancaran Mazda CX-30 Versi CKD – 2WD, Harga Dari RM128K
Berita baik bagi peminat kereta Mazda, sebentar tadi, Bermaz Motor Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Mazda CX-30 versi CKD untuk pasaran Malaysia. Model yang dipasang di kilang bertempat di Kulim, Kedah ini ditawarkan dalam empat varian dengan harga jualan bermula dari RM128,109 hingga RM156,109, semestinya lebih murah versi CBU yang ditawarkan sebelum ini. Untuk versi CKD, Mazda CX-30 tidak ditawarkan dalam varian AWD, Diesel dan juga versi Ignite Edition.
PRESTASI MAZDA CX-30
Kesemua varian Mazda CX-30 dijana oleh enjin petrol 2.0L SkyActiv-G dengan output 162 hp/213 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda roda hadapan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.
LUARAN MAZDA CX-30
Dari segi luaran, Kesemua varian (kecuali Standard) menggunakan gril radiator berwarna hitam pada bahagian hadapan dengan corak berbentuk segitiga. Selain itu, ketiga-tiga varian tertinggi ini diberikan lampu hadapan LED beserta lampu nyalaan siang LED dan rim aloi 18 inci.
KABIN MAZDA CX-30
Bergerak ke bahagian dalam, Mazda CX-30 dilengkapi paparan infotainmen 8.8 inci dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk hiburan, model ini dipasangkan dengan sistem audio 3-way merangkumi 8 speaker dan woofer 3L yang memberikan pengalaman audio imersif kepada kesemua penumpang. Sementara itu, untuk kluster instrumen, kesemuanya menggunakan paparan pelbagai info LCD TFT berwarna 7 inci.
Kesemua varian diberikan tempat duduk dalam balutan kulit kecuali varian 2.0 Standard yang dibalut fabrik. Selain itu, ketiga-tiga varian tertinggi juga hadir dengan ciri pelarasan tempat duduk pemandu automatik 10 arah, varian Standard pula secara manual 8 arah.
Ciri lain ialah seperti berikut:
Sistem kemasukan tanpa kunci
Sensor parkir belakang depan dan belakang (kecuali varian Standard)
Bukaan pintu but secara automatik (kecuali varian Standard)
Bumbung suria (varian High+ Premium)
Kamera pemantau 360 darjah (varian High+ Premium)
Kamera undur
CIRI KESELAMATAN MAZDA CX-30
Dari segi keselamatan, Mazda CX-30 menerima penarafan IIHS 2020 TOP SAFETY PICK+ pada tahun 2019 sebagai antara model dengan skor tertinggi dalam kategori penumpang dewasa. Mazda CX-30 didatangkan dengan pakej keselamatan aktif Mazda i-ActiveSense yang merangkumi:
Amaran titik buta
Amaran lintasan trafik belakang
Sistem amaran keluar lorong
Bantuan kekal lorong
Amaran tumpuan pemandu
Sokongan brek pintar
Kawalan jelajah radar dengan fungsi henti & mula
Sistem bantuan lampu tinggi automatik adaptif*
Amaran lintasan trafik hadapan*
Amaran tumpuan pemandu dengan pemantauan pemandu*
Sokongan jelajah & trafik*
*Eksklusif hanya untuk varian Mazda CX-30 High+ Premium
WARNA MAZDA CX-30
Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu:
Machine Gray
Soul Red Crystal
Deep Crystal Blue
Platinum Quartz
Snowflake White Pearl
Jet Black
Polymetal Gray
HARGA MAZDA CX-30
Seperti yang dikatakan tadi, SUV Mazda CX-30 ditawarkan dalam empat varian iaitu 2.0 Standard yang dijual pada harga RM128,109, 2.0 High pada harga RM 136,109, 2.0 High+ pada harga RM146,109 dan 2.0 High+P pada harga RM156,109. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. Menurut Bermaz, penyerahan Mazda CX-30 akan bermula pada penghujung Mac 2023.
Harga jualan versi CKD ini adalah lebih murah jika dibandingkan dengan CBU yang dipasang di kilang Mazda di Hiroshima, Jepun, versi ini dijual pada harga bermula dari RM149,000-RM185,000.
Pembelian adalah termasuk jaminan pengilang selama 5 tahun/100,000km (mana yang terlebih dahulu), dalam tempoh tersebut, pelanggan turut menerima servis penyelenggaraan percuma termasuk upah buruh, alat ganti dan minyak pelincir.
Apa pendapat anda mengenai Mazda CX-30 versi CKD ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv