Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sah: Naza Italia Digugurkan, Bukan Lagi Wakil Rasmi Ferrari Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Akhirnya terbongkar, Naza Italia Sdn Bhd (Naza Italia) digugurkan daripada menjadi wakil rasmi jenama Ferrari Malaysia.


CariCarz.com telah mendapatkan pengesahan secara terus daripada kedua-dua pihak. Ferrari S.p.A. menerusi anak syarikatnya di rantau ini, Ferrari Far East Pte Ltd, syarikat pertama yang telah menjawab pertanyaan kami untuk mengesahkan perkara itu. 




Ferrari 296 GTS, model terbaharu Ferrari yang telah dilancarkan Naza Italia




Model-model Ferrari yang pernah dilancarkan Naza Italia sebelum ini iaitu Roma, 812 GTS, F8 Spider dan PHEV SF90 Stradale 

Pengesahan ini menandakan berakhirnya hubungan antara Naza Italia dengan jenama mewah Itali itu setelah lebih sedekad lamanya kedua-dua pihak ini bekerjasama iaitu sejak tahun 2008 lagi.


Menurut jurucakap Ferrari Far East Pte Ltd, kerjasama perniagaan dengan Naza Italia berakhir secara rasmi pada 8 April, 2023 nanti. Naza Italia akan terus menawarkan perkhidmatan jualan dan pasca jualan kepada para pelanggan sehingga tarikh akhir tersebut. 


"Ferrari S.p.A. akan menyediakan pihak untuk dihubungi bagi isu berkaitan jualan dan pasca jualan kepada pelanggan sehingga rakan kongsi baharu disahkan,” tambah Ferrari, menunjukkan mereka masih dalam proses pemilihan pengimport dan penjual yang baharu. 




Menurut Ferrari, keputusan menggugurkan Naza Italia dibuat atas dasar untuk memperbaharui perwakilan jenamanya di negara ini. Ia turut mengesahkan komitmennya terhadap pasaran Malaysia masih sama dan akan terus memenuhi permintaan dan melibatkan diri dengan pelanggan di sini.


Buat masa ini, Naza Italia dan syarikat induknya, Naza Group masih belum memberikan sebarang respon mengenai isu ini namun  CariCarz.com telah dimaklumkan bahawa kenyataan rasmi bakal dibuat tidak lama lagi. 


Komitmen Naza Italia terhadap pengeluar kereta Itali lain seperti Maserati masih kekal. Jenama kereta mewah tersebut baru sahaja melancarkan SUV berprestasi tinggi, Grecale, minggu lalu. 




Baca: Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023


Nantikan maklumat lebih terperinci mengenai perkara ini sebaik Naza Italia mengeluarkan kenyataan rasminya nanti. 


TERKINI - 8 MAC @ 7PM


Naza Italia akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tamatnya kerjasama syarikat tersebut dengan Ferrari. Firma itu menyatakan bahawa keputusan tersebut telah dipersetujui bersama. Dalam masa yang sama, Naza Italia mengesahkan komitmen berterusannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan Ferrari sedia ada sehingga tarikh akhir 8 April.




"Perpisahan dengan Ferrari berlaku tepat pada masanya kerana ini akan membolehkan kami memberi tumpuan dan menjalankan peranan kepada jenama lain dengan lebih baik kerana kami akan dapat mengagihkan semula sumber kepada jenama yang sesuai dengan strategi perniagaan automotif kami," tambah kenyataan itu. Jenama lain yang disebut dalam kenyataan ini mungkin merujuk kepada Maserati.


Tidak dapat dipastikan sekiranya Naza Italia akan menggantikan Ferrari kepada jenama lain. Buat masa ini, selain Maserati, Naza Automotive Group kekal menjadi wakil bagi jenama Ducati (Next Bike Sdn Bhd), Suzuki (Naza Eastern Motors), serta rangkaian pengedar rasmi Mercedes-Benz (NZ Wheels).





Tag:

Naza
Naza Italia
Ferrari
Ferrari Malaysia
Ferrari S.p.A
Ferrari Far East Pte Ltd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-03-2024
Berita Auto

27-10-2023
Kereta Baru

20-06-2025
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

06-03-2024
Kereta Baru

26-10-2023
Berita Auto

12-05-2023
Berita Auto

08-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026