Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

Ia  adalah kembar elektrik kepada model Maserati GranTurismo generasi kedua  yang telah dilancarkan secara tempatan pada Mac lalu. 

image.pngimage.png

Namun ia kini sudah dibuka untuk tempahan di pasaran tempatan, dimana Maserati GranTurismo Folgore ditawarkan pada harga permulaan iaitu RM998,800. Sudah tentu, ini hasil daripada insentif cukai import kerajaan yang masih berjalan untuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), walaupun insentif ini dijangka tamat hujung tahun ini.

Sebaliknya, varian petrol dijual  bermula dari RM738,800 (Modena) dan RM878,800 (Trofeo). Ingat, kedua-dua harga ini TIDAK TERMASUK duti, cukai dan pilihan tambahan. Seperti biasa bagi kereta sebegini, harga sebenar di atas jalan boleh meningkat dua kali ganda.

image.pngimage.png

Dari segi prestasi pula, ini akan membuatkan anda berasa berbaloi membeli GranTurismo Folgore.

Walaupun kedua-duanya berkongsi rupa bentuk yang serupa, Folgore menggantikan enjin Nettuno V6 dengan pek bateri besar 92.5 kWh dan tiga motor elektrik. Dua motor memacu setiap roda belakang, manakala satu lagi memacu kedua-dua roda hadapan. Ini sekaligus menjadikan kereta ini pacuan semua roda (AWD).

Pendek kata, dengan adanya tiga motor elektrik, ia memberikan kuasa gabungan 761 PS (560 kW), dan tork 1,350 NM. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 2.7 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 325 km/j. 

Di sebalik penampilannya ang ukup memukai, terdapat bateri  berkapasiti 92.5 kWh (83 kWh boleh digunakan), selain menawarkan jarak pemanduan sehingga 450 km berdasarkan julat diiktiraf WLTP*.

image.pngimage.png

Dari segi pengecasan, dengan adanya seni bina 800-volt, ia membolehkan coupe EV ini menerima input AC 22 kW dan DC sehingga 270 kW. Pengecasan DC ini mampu mengisi bateri dari 20-80% kapasiti bateri hanya dalam 18 minit.

Kenderaan ini juga mampu menambah julat 100 km hanya dalam lima minit .

image.png

Menyentuh ruang  kabinnya, ia menampilkan ciri sofistikasi minimalis. Teknologi moden bertemu sentuhan kemewahan dalam rekaan dalaman yang mentakrifkan semula makna kembara mewah, sementara kapasiti ruang bagasi pula seluas 270 liter.

Itulah serba ringkas tentang Maserati GranTurismo Folgore baharu yang kini telah dibuka untuk tempahan melalui Naza Italia. Apa pendapat anda? Mungkinkah ini permulaan kebangkitan semula jenama trident ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen…


Gallery

Tag:

Maserati GranTurismo
Naza Italia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Maserati GranTurismo 2024 kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...

06-03-2024
Kereta Baru
Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru
Grecale 2024: Ada Varian Murah, Mahal, Mana Satu Pilihan Anda?

Grecale 2024: Ada Varian Murah, Mahal, Mana Satu Pilihan Anda?

Tempahan untuk Maserati Grecale 2024 kini boleh dibuat di bilik pameran Maserati yang terletak di Petaling Jaya.

24-07-2024
Kereta Baru
Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Maserati GranTurismo 2024 kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...

06-03-2024
Kereta Baru
Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta

Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta

Naza Italia secara rasminya telah membuat penghantaran Maserati Spyder MC20 Cielo yang pertama untuk pasaran Malaysia.

26-10-2023
Berita Auto
Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia

Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia

Ferrari secara rasmi telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar baharunya di Malaysia.

09-05-2023
Berita Auto
Sah: Naza Italia Digugurkan, Bukan Lagi Wakil Rasmi Ferrari Di Malaysia

Sah: Naza Italia Digugurkan, Bukan Lagi Wakil Rasmi Ferrari Di Malaysia

Naza Italia Sdn Bhd (Naza Italia) kini digugurkan daripada menjadi wakil jenama Ferrari Malaysia yang rasmi.

08-03-2023
Kereta Baru
Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Naza Italia lancar Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi

03-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026