Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tidak Selamat, Operasi 6 Stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dihentikan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Enam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang-Sri Petaling dihentikan operasi perkhidmatannya bermula Ahad ini, 2 April 2023. 


Penutupan ini adalah membabitkan stesen yang berikut: 

  • Stesen Bandaraya

  • Stesen Sultan Ismail

  • Stesen PWTC

  • Stesen Titiwangsa

  • Stesen Sentul 

  • Stesen Sentul Timur


Penutupan dibuat kerana tren yang digunakan tidak lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan perlu dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

Perkara ini berpunca daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang mengakibatkan  tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang bagi kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari 2023 lalu. 

BAS PERCUMA DISEDIAKAN


Untuk melancarkan perjalanan pengguna yang terjejas, Rapid Rail menyediakan perkhidmatan Bas Ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada.


Sebanyak 40 unit bas disediakan dengan kekerapan operasi antara 10-15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Sementara itu, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah – LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya) akan ditamatkan bermula 2 April 2023. 


LALUAN REL ALTERNATIF




Pengguna LRT disarankan untuk menggunakan laluan rel alternatif berikut:

  • Untuk ke Hang Tuah: Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa

  • Untuk ke Chan Sow Lin: Laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa


GUNA APLIKASI UNTUK INFO TERKINI


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi PULSE atau mengikuti media sosial rasmi Rapid KL. Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.  



Tag:

LRT Rosak
Transit Aliran Ringan (LRT)
Laluan Ampang-Sri Petaling
Penutupan Operasi
Stesen LRT
Stesen LRT Bandaraya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[DIKEMASKINI] Perkembangan Terkini Isu LRT Laluan Kelana Jaya

Perkembangan terkini isu LRT laluan Kelana Jaya.

13-11-2022
Berita Auto

Anda Mangsa Gangguan LRT RapidKL? Bas Smart Selangor Datang Menyelamat!

Anda terkesan dengan isu RapidKL yang tidak berkesudahan minggu ini? Mungkin berita ini dapat melegakan.

10-11-2022
Berita Auto

Johor Cadang Pembangunan ART, Lebih Baik Daripada LRT, Ini Sebabnya...

Kerajaan Johor telah memilih untuk menggunakan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) sebagai pengangkutan awam di Johor Bahru. Ini sebabnya...

13-05-2024
Berita Auto

Permodalan Kedah & RETD Korea Bekerjasama Bangun LRT Langkawi

PKB telah menandatangani MoU dengan RETD Korea untuk membangunkan pengangkutan awam, LRT di Pulau Langkawi.

03-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026