Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Permodalan Kedah & RETD Korea Bekerjasama Bangun LRT Langkawi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kedah-LRT-(7).jpg


Permodalan Kedah Bhd (PKB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Royal Eco Train Development, Republik Korea (RETD Korea), untuk membangunkan pengangkutan awam, Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Langkawi. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Jasmi, kerjasama ini menandakan permulaan kepada pembangunan negeri Kedah dengan tumpuan terhadap Langkawi, sebuah destinasi pelancongan yang terkenal. 


Kedah-LRT-(5).jpgKedah-LRT-(4).jpg


Pemeteraian MoU itu diwakili oleh CEO PKB, Mohd Azad dan Ketua Pegawai Eksekutif RETD Korea, Lee Changwook.


Projek ini akan dibangunkan menggunakan Sistem Teknologi Maglev dan Pembangunan Berorientasikan Transit untuk meningkatkan kesalinghubungan di Kedah serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.


Mohd Azad Jasmi menyatakan bahawa melalui kajian kebolehlaksanaan dan pembentangan terperinci cadangan bagi kereta api Maglev dan pembangunan Greater Kedah, mereka berhasrat merevolusikan infrastruktur pengangkutan dan memanfaatkan potensi wilayah ini sepenuhnya. 


Kedah-LRT-(2).jpg


Lee melihat inisiatif ini sebagai komitmen untuk kemajuan mampan, menggabungkan teknologi maju yang dalam masa yang sama, tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar. Projek kereta api Netstream Maglev direka khusus untuk memelihara keindahan semula jadi Langkawi, dengan teknologi mesra alam yang meminimumkan impak terhadap alam sekitar serta menjimatkan tenaga.


Sumber: Bernama

Tag:

Permodalan Kedah Bhd (PKB)
Royal Eco Train Development
Transit Aliran Ringan (LRT)
Langkawi
LRT Langkawi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Johor Cadang Pembangunan ART, Lebih Baik Daripada LRT, Ini Sebabnya...

Johor Cadang Pembangunan ART, Lebih Baik Daripada LRT, Ini Sebabnya...

Kerajaan Johor telah memilih untuk menggunakan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) sebagai pengangkutan awam di Johor Bahru. Ini sebabnya...

13-05-2024
Berita Auto
Tidak Selamat, Operasi 6 Stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dihentikan

Tidak Selamat, Operasi 6 Stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dihentikan

Enam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang-Sri Petaling dihentikan operasi perkhidmatannya bermula Ahad ini, 2 April 2023.

31-03-2023
Berita Auto
Rakyat Malaysia Serbu Langkawi, 56,267 Tiket Feri Terjual

Rakyat Malaysia Serbu Langkawi, 56,267 Tiket Feri Terjual

Langkawi menjadi tumpuan bercuti semula memandangkan sebanyak 56,267 tiket feri ke Pulau Langkawi sudah terjual .

16-02-2026
Berita Auto
Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Kerajaan bercadang melaksanakan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dengan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari depan.

12-10-2025
Berita Auto
LRT, MRT Ke Langkawi Tak Masuk Akal Sebab Telan Kos Tinggi!

LRT, MRT Ke Langkawi Tak Masuk Akal Sebab Telan Kos Tinggi!

Jambatan rel sepanjang 30km dari Kuala Perlis ke Langkawi, memerlukan perbelanjaan besar.

19-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026