Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Vios 2023 Dilancarkan – 2 Varian, Harga Dari RM89K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan Toyota Vios 2023 Serba Baharu. Toyota Vios generasi ke-4 ini ditawarkan dalam dua varian iaitu varian 1.5E dan 1.5G dengan harga jualan bermula dari RM89,600 hingga RM95,500. 


PRESTASI TOYOTA VIOS 2023




Dibina berdasarkan platform Seni Bina Global Baharu Daihatsu (DNGA), kedua–dua varian Toyota Vios 2023 dijana oleh enjin  petrol 1.5L 4 silinder Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan dengan Sequential Shiftmatic. Output maksimum yang mampu dicapai Vios 2023 ialah 105 hp/136 Nm.


Kali ini, pengguna dapat memilih mod pemanduan (Power, Eco, Normal), selain turut dilengkapkan dengan pedal penukar gear dan brek parkir elektronik. 


LUARAN TOYOTA VIOS 2023




Dari segi luaran, Toyota Vios 2023 tampil sporty dengan gaya fastback yang  ditonjolkan oleh kedudukan cermin belakangnya yang menyendeng dan but belakang yang kelihatan lebih pendek. Ciri ini sekaligus meningkatkan aerodinamik kenderaan yang terbukti melalui sesi pandu uji yang kami lakukan minggu lalu. Pertama kali dalam segmen ini, varian 1.5G Vios 2023 menggunakan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci (1.5E menggunakan rim 16 inci). Rekaan yang bertemakan ‘Defy Expectations’ Vios kali ini terbukti menjangkau jangkaan. 


Selain itu, varian tertingginya dilengkapi isyarat pusingan berjujukan pada lampu LED belakang, penggilap cermin jenis pengesan hujan, cermin sisi yang boleh dilaraskan/dilipat secara automatik bersama fungsi amaran titik buta, antena jenis sirip jerung dan sebagainya.


KABIN TOYOTA VIOS 2023




Bahagian dalam Toyota Vios 2023 tampil lebih mewah berbanding keluaran sebelum ini,  balutan kulit digunakan pada titik sentuhan varian 1.5G seperti stereng, tempat rehat tangan pada bahagian pintu, termasuklah tempat duduk. Warna tema yang digunakan untuk ruang kabin ialah hitam dan coklat gelap. 




Dari segi teknologi, Vios 2023 dilengkapi skrin infotainmen 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta lengkap dengan fungsi pemantau parkir 3D. Ciri istimewa pada varian 1.5G ialah panel instrumen digital 7 inci (optitron 4.2 inci pada 1.5E) dan pakej pencahayaan ambien kabin yang menyerlah pada waktu malam.




Ciri menarik lain yang didatangkan standard untuk kedua-dua varian ialah pad pengecas tanpa wayar serta kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci. Perubahan terbesar yang telah dibuat pada Vios kali ini ialah pendingin hawa khas untuk penumpang belakang. 


CIRI KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023


Dibina berdasarkan platform DNGA, tahap keselamatan Toyota Vios kali ini adalah lebih baik. Vios 2023 hadir dengan pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense yang  berikut:

  • Pencegah keluar lorong

  • Amaran keluar lorong

  • Makluman pelepasan hadapan

  • Sistem pra-pelanggaran

  • Kawalan kekal lorong*

  • Kawalan jelajah adaptif*

  • Lampu suluh tinggi automatik*


Nota: Hanya ditawarkan pada Toyota Vios 1.5G


Selain yang dinyatakan di atas, model ini dihadirkan dengan banyak lagi ciri keselamatan lain seperti bantuan brek, kawalan cengkaman, bantuan mula daki, kawalan tersalah tekan pedal, pemantau keliling panoramik 3D dan sebagainya. 


WARNA TOYOTA VIOS 2023


Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu: 



  • Silver Metallic

  • Nebula Blue Metallic

  • Spicy Scarlet  (warna baharu)

  • Attitude Black

  • Platinum White Pearl


HARGA TOYOTA VIOS 2023


Seperti yang dikatakan, Toyota Vios 2023 ditawarkan dalam dua varian iaitu varian E pada harga RM89,600 dan varian G pada harga RM95,500, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. Pembelian didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun, 24SEVEN Road Assist dan juga langganan percuma Toyota Vehicle Telematics System selama 3 tahun.

Apa pendapat anda mengenai Toyota Vios 2023 ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.


Tag:

Toyota Vios
Toyota Vios 2023
Kereta Baharu
pelancaran kereta baharu
kereta baharu 2023
2023
VIOS 2023
Toyota Vios generasi ke-4
Vios 1.5E
Vios 1.5G
Toyota Vios 2023 Serba Baharu
Serba Baharu
UMW Toyota Motor
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
UMW Toyota Motor (UMWT)
UMWT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-12-2024
Berita Auto

12-06-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
Berita Auto

08-12-2023
Berita Auto

28-11-2023
Tips

16-08-2023
Global

13-05-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025