Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baguslah SmartLane Diaktifkan, Bantu Lancarkan Aliran Trafik

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bilangan kereta bertambah terutama musim perayaan. Gambar NSTP.

Sempena cuti panjang sepanjang minggu ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 'SmartLane' dimana lorong kecemasan di laluan-laluan tertentu akan dibuka buat sementara waktu.

Langkah itu diambil semata-mata untuk melancarkan aliran trafik berikutan berakhirnya cuti persekolahan dan cuti Hari Pekerja antara 29 April dan 1 Mei ini.

Untuk itu, SmartLane diaktifkan di dua laluan:

Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara iaitu antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban antara KM260.0 hingga KM263.1 (Arah Utara).

Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai antara KM19.0 hingga KM27.0 (Arah Utara).

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, ketika laluan 'SmartLane' diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu.

"Bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan 'SmartLane' diaktifkan," katanya dalam satu kenyataan.


Antara lokasi lain yang akan diaktifkan dengan laluan SmartLane ialah:

Gua Tempurung - Gopeng antara KM306.7 hingga KM297.0 

Slim River - Sungkai antara KM367.3 hingga KM354.1 

Rawang - Sungai Buaya antara KM439.9 – KM435.5 

Untuk mengenal pasti laluan SmartLane, ia boleh dilihat melalui papan tanda laluan 'SmartLane' serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau rujuk  laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.


Gallery

Tag:

plustrafik
plusronda
PLUS Malaysia Berhad
smartlane system
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Musim Cuti Sekolah Tamat: Jalan Sesak

Lebuh raya utama sesak ekoran musim cuti sekolah berakhir.

03-09-2023
Berita Auto

Nak Balik Kampung Sempena PRU15, Rujuk TTA PLUS

PLUS telah mengeluarkan TTA untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, yang ingin pulang ke kampung untuk mengundi.

16-11-2022
Berita Auto

Aidilfitri: 2 Juta Banjiri PLUS

PLUS sesak, jangan risau, ramai anggota bertugas.

20-04-2023
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Syabas, R&R Tapah Menang Anugerah Tandas Terbaik 2025

R&R Tapah Arah Selatan telah dinobatkan sebagai Tandas Terbaik 2025, sekali gus membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai bernilai RM20,000, baru-baru ini.

22-11-2025
Berita Auto

Laluan Kulai-Sedenak Dilencong Bermula Isnin Ini

PLUS akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai–Sedenak bermula Isnin hingga Khamis depan.

25-10-2025
Berita Auto

Surau Pertama Di Lebuhraya PLUS, R&R Seremban Kini Boleh Laksana Solat Jumaat

Surau MADANI di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menjadi surau pertama yang kini boleh digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.

02-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026