Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Syarikat pengeluar tayar Malaysia, Continental Tyre Malaysia, meraikan ulang tahun ke-60 syarikatnya dengan melancarkan Total Confidence Plan (TCP) dan ganjaran e-dompet kepada pembeli tayar baharu berjenama Continental.

Beraya Dengan Tenang Bersama Total Confidence Plan Continental

Total Confidence Plan Continental merupakan pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh yang merangkumi perlindungan bahaya jalan raya untuk 12 bulan pertama, penggantian tayar 1 kepada 1, dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti.

Baca: Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Lebih daripada 100 pengedar terlibat dalam program ini di seluruh negara. Program TCP Continental akan ditawarkan secara berterusan.


Pengarah Urusan Continental Tayar Malaysia, Andrea Somorova berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan versi Total Confidence Plan yang telah dinaiktaraf yang menawarkan perlindungan waranti tambahan untuk pemandu kami, dan ia tiba pada masa yang tepat iaitu menjelang sambutan Raya ketika para pemandu sedang sibuk membuat persiapan balik kampung untuk beraya bersama-sama keluarga.”

Akses TCP Di Mana Jua

Program TCP Continental ini boleh diakses di hujung jari yang mana pelanggan boleh membuat pendaftaran dan tuntutan pada bila-bila masa, di mana jua. Berikut adalah langkah untuk mengakses program ini dengan mudah:


#1 Muat turun aplikasi Conti TCP melalui Apple App Store atau Google Play Store. Untuk pendaftaran, masukkan butiran peribadi dan muat naik invois rasmi.

#2 Untuk mendaftar tayar ke dalam aplikasi Conti TCP, imbas kod bar yang terdapat pada dinding tepi bahagian bawah tayar sebelum pemasangan. 

#3 Pendaftaran sudah lengkap selepas menerima waranti semasa dan tempoh tawaran. Pemandu boleh menikmati perlindungan 12 bulan pertama melalui Conti TCP.

Baucar E-Dompet Touch ‘n Go 

Bermula hari ini hingga 30 Jun nanti, orang ramai boleh menebus baucar e-dompet Touch ‘n Go  melalui aplikasi Conti TCP dengan pembelian sekurang-kurangnya dua tayar Continental dari mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental.


Promosi ini ditawarkan bagi tayar yang bersaiz 14 inci dan ke atas bagi kereta penumpang SUV, MPV dan 4x4 sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya, klik pautan ini dan untuk mendapatkan maklumat mengenai TCP, klik pautan ini











Tag:

Continental
tayar
Tayar Continental
Continental Tyre Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tayar EcoContact 6, EcoContact 6Q, Direka Untuk Kereta Petrol, Hibrid, Elektrik

Pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental memperkenalkan EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ke pasaran Malaysia, baru-baru ini.

10-07-2025
Berita Auto

Proton, Continental Bekerjasama, Proton Kini Jadi Pusat Sehenti Jual, Pasang Tayar

Proton kini menjalinkan kerjasama dengan Continental Malaysia bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara.

22-05-2025
Berita Auto

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto

Kilang Continental Di Alor Setar Ditutup Hujung Tahun 2025

Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Malaysia, menjelang hujung tahun 2025.

28-04-2025
Teknologi

Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.

06-02-2025
Berita Auto

Ada 2,500 Panel Solar Di Kilang Tayar Continental, PJ

Penjanaan tenaga solar semasa waktu pengeluaran dikatakan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1,400 tan setahun.

28-01-2025
Global

Ketahanan Tayar MaxContact MC7, Memang Luar Biasa!

Tayar MC7 mampu tahan tork sehingga 900 Nm.

23-04-2024
Berita Auto

Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7.

01-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026